PEREKA TERSOHOR

Setiap tahun pelbagai idea dan gaya diperkenalkan selain gaya sedia ada yang diperbaharui. Suntikan sentuhan yang minima mampu menyegarkan kembali ruang yang sudah statik penggayaannya

Glam Deko (Malaysia) - - Content -

Ramalan trend 2019 oleh tiga pakar berkisar warna, material dan reka bentuk dalaman.

Pengasas Tatum Company

Kongsikan mengenai sedikit latar belakang Tatum. Sudah berapa lama Tatum berada dalam perniagaan? Syarikat ini bermula sekitar tahun 2010. Sebelum menubuhkan Tatum, saya menceburkan diri dalam bidang hiasan dalaman di Belanda. Dengan hubungan dan pengalaman yang dimiliki di Eropah, ia menjadi nadi kepadanya untuk menubuhkan sebuah syarikat yang memiliki gaya signatur dengan seleksi jenama utama Eropah untuk pasaran Malaysia dan Singapura. Tahun ini lebih menarik kerana kami mengembangkan sayap ke pasaran Vietnam.

Apakah jenama yang boleh ditemui di

Tatum? Tatum menjadi pengedar eksklusif kepada lebih 40 jenama berkualiti tinggi yang menggabungkan fabrik, perabot, pencahyaan, karpet, kertas dinding dan aksesori hiasan dalaman. Rangkaian produk di Tatum merangkumi keperluan untuk pelbagai kategori bajet dalam melengkapi proses dekorasi. Bermula dari jenama paling mewah seperti De Gournay, Alexander Lamont, Rubelli juga jenama ynag diketogorikan sebagai kategori pertengahan contohnya Romo, Villa Nova, Jim Thompson Monochrom. Senarai penuh jenama yang tersedia di Tatum boleh anda lihat sendiri di lama sesawang kami di www. tatumcompany. com atau singgah terus ke ruang pamer kami di Jalan Telawi, Bangsar.

Apakah yang bakal menjadi trend untuk tahun 2019? Adakah sebarang gaya dekorasi yang dijangka hangat? Antara trend yang kami jangkakan bakal hangat antaranya konsep hijau semestinya sesuatu yang hangat. Idea produk bersifat mampan terhadap alam sekitar, mempunyai fungsi yang pelbagai juga kompak dan memenuhi kehendak gaya hidup urban yang pantas juga antara trend yang bakal hangat. Jika merujuk kepada rekaan, perabot yang bersifat curved atau melengkung manakala mengenai corak dan paten, geometri dan corak yang mewakili puak dan kaum tertentu akan terus hangat menghiasi kediaman. Idea suntikan gaya seakan rimba terus mendapat perhatian dengan sentuhan lebih mewah dan gemilangdengan sentuhan rona metalik, perincian baldu juga bulu.

Bagaimana pula mengenai warna dan paten untuk kertas dinding juga fabrik? Untuk tahun 2019, kita bakal melihat lebih banyak rona neutral juga pelbagai tonasi hijau dan biru laut dilihat menjadi sebagai warna penegasan dalam hiasan. Paten terrazo, geometri dan tribal seperti yang telah saya beritahu tadi. Juga penampilan lebih jelah dengan gaya manipulasi teknik 3D. Anda juga bakal menyaksikan gaya jalur kembali hangat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.