REKAAN HEBAT

Glam Deko (Malaysia) - - Content -

Hidupkan aura ruang dengan aroma segar dan keanggunan reka bentuk daripada Aesop.

Koleksi dalam gaya berbeza yang meliputi keseluruhan idea hiasan dalaman boleh anda temui dengan hanya berkunjung ke ruang pamer Kare. Istimewa sempena pembukaan galeri terbarunya di Great Eastern Mall, GLAM Deko, sempat berbicara bersama pengasasnya, Peter Schönhofen

Latar belakang mengenai Kare. Kare merupakan sebuah perniagaan yang kini telah mencecah usia 37 tahun berada di pasaran. Ia diasaskan oleh saya dan rakan perniagaan, Juergen Reiter dan bermula di Munich sekitar tahun 1981. Ketika itu kami masih lagi menuntut dengan idea asal untuk menawarkan barangan dalam pilihan yang lebih baik dan bijak jika dibandingkan dengan apa yang terdapat di pasaran perabot ketika itu. Adakah anda menetapkan gaya tertentu sebagai identiti Kare? Perkara yang utama buat kami adalah perubahan. Sejujurnya wajah galeri kami tidak akan pernah kelihatan sama untuk suatu jangka masa yang lama. Pelanggan perlu membuat keputusan saat mereka melihat produk tersebut kerana dikhuatiri ia akan kehabisan. Kare memiliki sehingga 110 ruang pamer di seluruh dunia, bagaimana anda memastikan anda dapat memenuhi kehendak pasaran yang berbeza di setiap negara? Kami memiliki begitu banyak rekaan produk berbeza dan rangkaian yang tertentu dan agak mustahil untuk sesuatu ruang pamer itu menampilkan keseluruhan produk. Namun untuk galeri ini, ia seakan apa yang kami miliki di Munich yang mana kami dapat mempamerkan hampir keseluruhan koleksi. Berbeza di lokasi lain, kami hanya memaparkan sebahagian daripada beberapa koleksi yang terpilih. Bagaimana anda memastikan Kare mampu memenuhi perbezaan cita rasa di antara pasaran Eropah dan Asia yang memiliki paten perbelanjaan tersendiri? Sejujurnya saya boleh katakan kami memiliki penggemar kami yang tersendiri. Perkara kedua yang kami tekankan adalah jumlah harga yang berpatutan kerana dengan memiliki jumlah ruang pamer yang tinggi, ia membantu kami untuk mendapatkan sesuatu rekaan produk dan perabot dengan harga lebih rendah dari pengilang kerana kuantiti yang kami pesan adalah sangat tinggi. Kualiti yang kami tawarkan adalah yang terbaik biarpun dengan harga yang berpatutan. Kare telah memasuki pasaran Malaysia sekitar enam tahun, bagaimanakah penerimaan rakyat Malaysia terhadap jenama ini? Kami bermula dengan ruang pamer di The Gardens. Bermula dari situ kami mula mempelajari mengenai pengalaman berbeza, cita rasa berbeza, format berbeza, lokasi berbeza untuk mengetahui ke manakah arah tuju trend hiasan dalaman di Malaysia. Setahun setengah yang lalu kami bersamasama duduk untuk berbincang kerana sudah memahami arah tuju perniagaan ini, dan juga kehendak pasaran. Kami yakin kami perlu berada di kalangan toko- toko perabot yang lain kerana kami tahu yang tanda harga kami adalah bersesuaian dengan pasaran. Dengan itu kini hadirlah galeri yang luas ini untuk dinikmati oleh pencinta dekorasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.