Teknologi Kuno

Glam Deko (Malaysia) - - Trend -

Makanan kekal segar tanpa kuasa elektrik dengan siri produk ‘ La Denise I, II dan III’ ciptaan syarikat Jarre. Kesemua produk dapur ini direka menggunakan bahan kitar semula seperti kayu walnut dan maple memastikan La Denise bertahan lama dalam masa sama bergaya. Kotak seramik dan kayu La Denise berisi tanah dan pasir agar sayur kekal segar pada jangka waktu lebih panjang. Manakala, kabinet kecil berlaci La Denise III diperbuat daripada bahan seramik di bahagian dalam menyimpan makanan pada suhu sejuk. Dulang La Denise II menghasilkan lembapan air untuk pemeliharaan buah- buahan dan sayuran yang diletakkan diatasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.