Semangat Pegembara

Glam Deko (Malaysia) - - Elemen -

Spektrum palet The Wanderer atau si pengembara tergolong dalam warna tanah diselangi percikan biru mendalam. Merah tanah liat, coklat gelap ( kayu oak), coklat karamel dan oren dilihat mampu mencipta paduan serasi mencipta satu ruang di kediaman yang selesa dan bersifat homey. Pemilihan fabrik bercetak geometri atau etnik Afrika melengkapkan rupa yang ingin dibina. Fabrik linen dan kapas sebagai alas kusyen, kemasan sofa dan langsir pilihan ideal.

“Merah Terra Cotta, coklat karamel, cengkih dan oren terang membias keperibadian berani”

Almari konsol dengan paten ira kayu Boca do Lobo menghiasi ruang moden elegan.

Penggunaan material kayu dan besi mencipta dapur bergaya moden praktikal.

Kelompok warnawarna hangat tanah termasuk coklat Origami White, coklat Caramelized, coklat Baked Cookie, dan coklat gelap Dark Clove.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.