@ adamdidam

Glam Deko (Malaysia) - - Sajian -

Aktif berkongsi resipi dan cara

memasak di laman sosial instagram sejak 2016, nama Adam Mohamed Ismail atau @ adamdidam tidak

langsung menyangka perkongsiannya

mendapat perhatian ramai. “Saya mula berkongsi resipi hanya untuk rujukan keluarga di London dan diri

sendiri. Selepas cukup rakaman 50

video masakan, saya tekad berhenti kerja sebagai Perancang Strategi dan menumpukan sepenuh perhatian pada

bidang kulinari,” cerita Adam yang

turut mengambil peluang menyertai kursus jangka pendek di institusi pendidikan hospitaliti terkemuka

dunia, Le Cordon Bleu di London.

Mungkin ramai yang tidak tahu pemuda berdarah campuran ini turut mengalirkan darah Siam dan

Kelantan. Cerita Adam lagi, “Gaya

masakan dan resipi saya dipengaruhi sepenuhnya dari ibu saya yang berasal dari Bangkok, Thailand.” Bermula

kosong dari segi skil dan pengetahuan

mengenai bahan- bahan masakan, menurut Adam memasak bukanlah bakat semulajadi. “Memasak adalah

skil; perlu dilatih. Malah, deria merasa

pun perlu latihan saban hari agar lidah tahu keseimbangan rasa manis, masin, masam dan pedas dalam masakan.”

Adam turut menambah bahawa resipi

hanya sebagai panduan, keseimbangan rasa masakan perlu dicapai sendiri bagi menghasilkan masakan yang memenuhi

citarasa.

Apabila disoal mengenai perkembangan pertumbuhan instafamous masakan Adam mengatakan, “Ini

adalah impak positif; berkongsi idea dan gaya masakan buat mereka yang

mungkin tidak tahu memasak tetapi berminat untuk masuk ke dapur. Bagaimanapun, idea dan resipi yang dikongsi perlulah bersifat original dan tidak diciplak sesuka hati kerana semua tahu hasil kerja orang lain perlu

dihormati.”

Ikuti kehidupan seharian dan resipi masakan Adam di instagram @ adamdidam.

“Memasak adalah skil; perlu dilatih. Malah, deria merasa pun perlu latihan saban hari agar lidah tahu keseimbangan rasa”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.