SALAD THAI BERSAMA KUAH KACANG

Glam Deko (Malaysia) - - Sajian -

BAHAN – BAHAN SALAD Daun salad ungu Lobak merah Timun Bawang merah Ubi keledek ungu digoreng nipis Tofu Telur puyuh direbus KUAH KACANG

2 sudu besar minyak

3 biji bawang putih

6 biji bawang merah

1 inci halia

3 sudu besar pes cili

150 ml santan

150 ml air

1 sudu besar air asam jawa

2 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

100 gm kacang tanah CARA MENYEDIAKAN

1. Tumis kacang di dalam kuali sambil hancurkan kacang sehingga menjadi tekstur halus kasar.

2. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia sehingga halus.

3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar tadi.

4. Kemudian, tumis sehingga keperangan.

5. Masukkan, pes cili. Kacau tumisan sehingga sebati. 6. Masukkan santan bersama

air. Kacau sebati.

7. Masukkan air asam jawa, gula, garam dan kacang.

8. Biarkan kuah mendidih selama 15 minit.

9. Sediakan salad dan tuangkan kuah di atas salad untuk menghidang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.