Kembara Tropika

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

Kembali kepada alam, Tiarasa Escapes Glamping Resort buat yang mahu lari dari hiruk pikuk kesibukkan kota seketika. Hanya satu jam pemanduan dari Kuala Lumpur, resort berkonsepkan glamping ini berlokasi di tengahtengah landskap belantara tropika menghijau, Janda Baik. Terdapat beberapa jenis vila en suite dengan kemudahan serba mewah boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan keperluan sepanjang penginapan. Sentuhan hiasan rustik tradsional dan glamor dibangkit pada segenap ruang vila. Bersarapan ala piknik di tepian anak sungai mengalir jernih antara aktiviti yang perlu anda lakukan apabila ke sini. www. tiarasaescapes. com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.