Kelabu Elegan Warna 2019

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

Jika tahun 2018 warna Caliente – merah berapi dilihat mendominasi dunia interior. Pakar warna Benjamin Moore, mengumumkan warna kelabu elegan bakal mewarnai dunia dekorasi untuk tahun 2019. Kod warna Metropolitan AF- 690, dikatakan dapat memberi rasa selesa dan menyamankan di kediaman. Malah, Pengarah Strategi Reka Bentuk Benjamin Moore, Ellen O’Neill turut mengatakan warna kelabu berada dalam spektrum neutral yang menenangkan minda yang turut mampu mempamerkan keindahan dan keseimbangan dekor. Benjamin Moore turut melancarkan Trend Warna 2019 – palet warna bermula dari neutral sehingga ke warna kebiruan, hijau segar, yakni warna yang melengkapi kelabu Metropolitan AF- 690.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.