LEBIH BERTENAGA

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

Cetusan teknologi terus diterajui oleh jenama Dyson dengan kelahiran generasi terbaru Dyson Cyclone untuk penyedut hampagasnya telah mencetuskan fenomena satu ketika dahulu. Kini versi V10 dicipta lebih kecil dan ringan berbanding edisi terdahulu. Format terbaharu membantu memudahkan mekanisma mengosongkan bekas sampahnya. Kini ia lebih pantas dan kekuatan yang lebih padu dengan putaran menjangkau 125,000 rpm memberikan kuasa sedutan lebih tinggi juga kebebasan melakukan kerja tanpa terikat pada wayar. “Mesin yang berfungsi dengan baik bermula dengan motornya. Untuk Dyson Cyclone V10 terbaru ini, kami merubah formatnya secara keseluruhan untuk mencapai kemampuan terbaik untuk mesin yang berfungsi tanpa wayar. Ia begitu ringan, mampu membersihkan setiap ruang di kediaman. Inilah sebab mengapa kami berhenti dari mencipta penyedut hampagas bersaiz besar.” Pelancaran Asia yang berlangsung menyaksikan kumpulan media diterbangkan ke Filipina untuk melawat sendiri Philippine Advanced Manufacturing Centre.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.