KOLABORASI HOMEDEC & REKA INTERIORS

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

HOMEDEC, bahagian pertama ( 2528 Oktober 2018) dan bahagian kedua ( 1- 4 november 2018) oleh CIS Network Sdn Bhd ( CIS), telah diadakan serentak bersama pameran REKA Interiors ( RiX) - yang dianjurkan bersama oleh MIID REKA Sdn Bhd ( MRSB), dan Institut Pereka Bentuk Dalaman Malaysia ( MIID), bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ( KLCC). HOMEDEC Bahagian Kedua terus memberi inspirasi dengan informasi produk dan perkhidmatan hiasan dalaman terkini, reka bentuk yang bergaya, idea inovatif merangkumi hiasan dalaman keseluruhan kediaman.

Ketika ucapan perasmian, Presiden CIS Network Sdn Bhd, Dato’ Vincent Lim berkata, “Kerjasama strategik bersama MRSB ini selaras dengan prinsip HOMEDEC yang bertujuan untuk menjadi peneraju perniagaan dan industri yang semakin berkembang, untuk saling memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.”

Beliau turut menambah, “Dalam mengiktiraf sinergi kedua- dua pameran, RiX ibarat platform pertemuan antara usaha sama reka bentuk dan perniagaan sebagai idea dan konsep revolusioner yang ditonjolkan. Selaras dengan matlamat dan objektif HOMEDEC untuk menyediakan keperluan pengubahsuaian dan reka bentuk kediaman secara lengkap, pemilik kediaman boleh memenuhi kehendak dengan ekspresi kreatif di RiX. Sementara kumpulan pereka boleh mempamerkan reka bentuk dan projek mereka dalam solusi terbaik untuk tujuan komersial.”

Untuk pameran kali ini, HOMEDEC Showhome menumpukan kepada ‘ New- Gen Home’ dan unit studio, yang menampilkan ruang moden dipenuhi dengan kehidupan yang kompak untuk generasi baru. Fokus kepada gaya hidup Millennial dan Gen Z, keduadua showhomes - dinamakan M- Quarters secara kolektif - bertujuan untuk memberi inspirasi dan menggalakkan pengunjung menggunakan imaginasi dan kreativiti mereka untuk mencari penyelesaian yang tidak konvensional apabila menetap di studio dan pangsapuri bersaiz mikro.

Kedua- dua showhomes ini mempunyai ruang- ruang moden yang dilengkapi dengan konsep terbuka dan berfungsi dengan sentuhan pintar dan hasil seni yang memaparkan ruang dengan reka bentuk yang boleh diubah dengan struktur alih mengikut keperluan rutin. ke arah persekitaran yang lebih hijau, pereka M- Quarters - Patrick Chin dan Mike Saw dari Pride Studio - menggayakan showhomes bersama Pakar Tanaman- Ronnie Khoo agar para pengunjung dapat membayangkan bagaimana elemen alam diperkenalkan dalam ciri- ciri showhomes kali ini.

Salah satu acara utama RiX tahun ini ialah instalasi Reka Bentuk yang pertama. Ia akan mempamerkan sembilan karya oleh sembilan pereka terkenal dan berpengaruh di mana setiap rekaan adalah sentuhan eksklusif tersendiri. Pengunjung dapat melihat bagaimana reka bentuk dihasilkan dengan menggunakan bahan terpilih dari pereka terpilih untuk mempamerkan cara terbaik dalam mencipta karya yang asli.

Aktiviti lain yang berlangsung sepanjang acara empat hari ialah Persidangan MIID REKA dan Anugerah Rekaan Antarabangsa REKA ( RIDA), yang menandakan komitmen organisasi dalam meningkatkan industri reka bentuk dalaman negara, memperluas sempadan reka bentuk dan membolehkan kerjasama reka bentuk tempatan untuk kekal relevan dengan perkembangan global terkini dalam industri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.