Lagenda Mistikal Diptyque

Glam Deko (Malaysia) - - Trend -

Khusus untuk musim cuti hujung tahun 2018, Diptyque mengangkat kisah “The Legend of the North”, sebuah kisah budaya rakyat yang menampilkan makhluk halus yang diterjemahkan semula oleh artis Pierre Marie yang sekali lagi menjadi pasangan kolaborasi untuk terjemahan seni bungkusan edisi istimewa ini. Istimewa kali ini, kisah ini diinterpretasikan semula oleh penulis, Ahmed Terbaoui dengan idea memberi kuasa magical pada setiap lilin haruman Diptyque edisi kali ini. Untuk itu, setiap satu haruman menjadi perlambangan kepada watak berbeza dari kisah lagenda ini dan memiliki rahsia tersendiri yang akan didedahkan saat upacara membaca mentera. Tiga aroma khas untuk koleksi, Sapin de Lumière ( Pine Tree of Light) menggabungkan nota fi r Siberia, salap fi r Kanada dan cedar manakala varian Amande Exquise ( Exquisite Almond) pula menampilkan esen almond pahit, heliotrope serta kacang tonka. Pilihan ketiga adalah Baume d’Ambre ( Amber Balm) dalam paduan aroma kemenyan, esen lavender dan vanilla. Terdapat juga edisi khas kepada koleksi klasik sedia ada Diptyque. Kunjungi butiknya yang terletak di Pavilion atau mana- mana cawangan Ken’s Apothecary.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.