SENSASI ALA CALIFORNIA

Glam Deko (Malaysia) - - Destinasi -

Gaya santai dan mewah jenama Fred Segal kini mula menawarkan pilihan dengan pembukaan butik kafenya yang terletak di pusat beli belah One Utama Apa? Gabungan jenama lokal dan antarabangsa menjadi keunikkan buat ruang pamer pertama Fred Segal di Malaysia. Dengan mengekalkan cita rasa California Selatan yang menebal dengan gabungan santai mewah, ruang pamer ini turut menggabungkan kafe santai bersama butik multi label dalam satu ruang yang sama. Dengan keluasan mencecah 330 meter persegi, gaya moden California dengan suntikan sofistikated sebagai nadi hiasan dalaman. Manakala untuk hidangan di ruang kafenya, mereka menggabungkan cita rasa California dengan pilihan seperti pizza, taco juga poke bowl. Yang Istimewa Antara jenama berasal Amerika yang terdapat di sini adalah gaya fesyen jalanan seperti Publish, Alex Mill, Carhart, Psycho Bunny dan beberapa jenama lain. Gabungan pakaian yang mudah disuai padan menjadi pilihan untuk keselesaan penggunaan seharian. Tidak hanya menjurus kepada barangan fesyen mereka turut menawarkan seleksi aksesori, penjagaan diri, kosmetik juga kediaman. Manakala mewakili jenama Malaysia mereka menawarkan Thavia, Supercrew, Pestle & Mortar, Lip & Co juga So. Lek untuk anda pilih. Selain daripada itu, anda turut boleh memilih rangkaian pembesar suara jenama Marshall yang turut dijual di sini. Di mana Fred Segal terletak di unit ruang pamer bernombor G353- G353A, tingkat bawah, pusat beli belah 1 Utama atau anda boleh mengenali jenama ini melalui akaun media sosialnya di bawah nama fredsegal. malaysia.

Pelbagai jenama dihimpunkan di sini, sama ada daripada jenama antarabangsa, mahupun jenama tempatan dengan aneka pilihan, sesuai cita rasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.