Trivia Warna

Glam Deko (Malaysia) - - Palet -

1. Warna coklat karamel sesuai sebagai latar warna ruang tamu dan kamar beradu tetamu. Gunakan spektrum warna coklat secara keseluruhan bermula dari warna dinding, kemasan lembut sehinggalah pemilihan cadar dan kusyen. 2. Penguasaan warna coklat neutral yakni karamel, hazelnut yang polos boleh dihidupkan menerusi tanaman tumbuhan hijau segar. 3. Elakkan sebarang padanan warna kontra seperti biru fi rus, fuschia dan kuning pada latar warna karamel kerana dilihat sudah ketinggalan zaman. 4. Fabrik linen dan kapas bertekstur adalah kemasan lembut untuk kusyen, langsir dan sofa paling ideal bergandingan warna karamel.

Sofa Aston sistem duduk rekaan Rodolfo Dordoni untuk Minotti mengadaptasi simetri Scandinavian moden dibaluti fabrik linen baldu. Minotti dibawakan XTRA Furniture, The Gardens.

Koleksi gelas dan jug kaca Utility daripada LSA International bereka bentuk angular unik boleh diguna pakai sebagai pasu tumbuhtumbuhan hijau. LSA di Janine, BSC. Kerusi Moon, Moroso direka oleh Tokujin Yoshioka buat mengisi kekosongan ruang sosial secara santai dan formal.

Lampu loket bereka bentuk industrial buat menghiasi ruang makan dipasang secara berangkai.

Koleksi pinggan Rosenthal meets Versace adalah edisi terhad dengan 20 plat pinggan reka bentuk berlainan dikeluarkan bersempena ulang tahun ke- 20 kolaborasi dua jenama ini.

Pancawarna kusyen Calypso, Christian Lacroix menyemarakkan semangat musim panas di ruangan duduk- duduk veranda. Ada di Janine, BSC & Great Eastern Mall.

Hamparan permaidani paduan warna warna hangat ini terhasil daripada kerjasama pereka Patricia Urquiola dan jenama tekstil, GANDIABLASCO, GAN yang memberikan penghormatan pada seni Op.

Sarungkan sepatu tinggi Deepik Christian Laboutin bersama padanan Little Black Dress di acara makan malam bersama si dia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.