Joy Design Studio membuka cawangan baharu di Damansara Utama. Gabungan jenama lokal dan antarabangsa menjadi keunikkan buat ruang pamer pertama Fred Segal di Malaysia.

Glam Deko (Malaysia) - - Content -

Selepas kejayaan butik perabot Joy Design Studio di Setia Alam, Bangsar dan Skudai jenama perabot berteraskan Scandinavia ini membuka cawangan terbaru di Damansara Utama Apa? Joy Design Studio memenuhi cita rasa masyarakat urban menerusi rangkaian perabot berkonsepkan kontemporari Scandinavia. Skala reka bentuk perabot dipersembah lebih praktikal berbanding saiz konvensional bagi menepati keluasan kediaman jenis kompak, seiring gaya hidup. Malah, penggunaan material berbeza dengan ragam rekaan dan kemasan perabot diberikan sentuhan moden antara variasi pilihan untuk jaminan kepuasan setiap pelanggan. Yang tertinggi Istimewa adalah jaminan Kualiti dan pegangan utama Joy Design Studio, dengan perbezaan harga yang lebih kompetitif berbanding harga pasaran. Malah, setiap item yang dibawa masuk secara terus dari pengilang adalah dipilih sendiri tanpa memerlukan khidmat orang tengah bagi memastikan kualiti terjaga selain faktor kawalan harga. Rangkaian perabot menyaksikan dominasi penggunaan bahan kayu yang diyakini tahan lasak dan jangka hayat yang lebih lama. Khidmat perundingan reka bentuk dalaman daripada pasukan reka bentuk Joy Design Studio juga disediakan dalam memberikan solusi dekorasi terbaik dan serasi mengikut jenis kediaman dan ruang. Pelanggan juga boleh membuat belian secara atas talian di www. joy. my untuk memiliki rangkaian item daripada jenama ini. Di mana Beroperasi setiap hari, 11 pagi hingga 9 malam, ruang pamer terbaru Joy Design Studio di 46, Jalan SS21/ 1, Damansara Utama. Pembukaan rasmi butik Joy Design Studio cawangan terbaru ini akan berlangsung pada Disember tahun ini. Layari www. joyd. my atau ikuti @ joydmy di instagram untuk info dan promosi terkini.

Menyuntik inspirasi dekorasi di ruang pamer Joy Design Studio dengan pilihan perabot, kemasan lembut dan permaidani. Variasi warna, kemasan dan tekstur mampu mencipta gaya ruang lebih menawan mengikut cita rasa dan gaya hidup pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.