NEW STRAITS TIMES

Raymond Lee menyuntik transformasi rumah kedai warisan di Pulau Pinang dalam sentuhan moden malar segar sarat perincian dan kehalusan

Glam Deko (Malaysia) - - Content -

- “Saya cukup tertarik pada hakikat bahawa saya akan menjadi sebahagian daripada pasukan untuk memulihkan rumah bandar yang sangat elegan ini dan menjadikan ruang untuk kehidupan kontemporari.” Pereka

Pulau Pinang sedang giat menjalani proses pemulihan di seluruh bandar agar warisan kekal terpelihara dan terjaga. Antaranya, satu projek yang terletak di sepanjang syurga makanan terkenal di Kimberly Street telah berubah daripada bangunan usang setelah dibiar terabai bertahuntahun. Arkitek pemuliharaan, Tan Yeow Wooi dan pakar rumah Cina Asia Tenggara dan pereka dalaman berpangkalan di Kuala Lumpur, Raymond Lee bertanggungjawab mengubah rumah kedai lama menjadi rumah warisan yang bukan sahaja sarat titipan sejarah malah dilengkapi kemewahan serba moden.

Sebelum ini adalah sebuah banglo Indo- Melayu, rumah ini memulakan kehidupan sebagai sebahagian daripada barisan lima rumah kedai batu- bata yang dibina dalam gaya eklektik late- Straits pada tahun 1903 - mengingatkan tipologi Melaka yang panjang dan sempit. Pemiliknya, ahli perniagaan tempatan berurusan dengan kayu balak dan perabot vintaj bertemu dengan Lee ketika pereka itu sedang bekerja untuk projek pertamanya di Pulau Pinang, yakni di Lorong Carnavon. “Saya cukup tertarik pada hakikat bahawa saya akan menjadi sebahagian daripada pasukan untuk memulihkan rumah bandar yang sangat elegan ini dan menjadikan ruang untuk kehidupan kontemporari. Rumah itu mempunyai struktur rangka yang baik, dengan siling tinggi dan beberapa ciri asal seperti tangga kayu yang masih utuh,” beritahu Lee.

LANGKAH PEMULIHAN

Pemulihan fasad, lengkap dengan tetingkap tinggi Venetian dan kerja kreatif plaster yang menampilkan corak bunga- bungaan ( garland) Sino- Eropah, yang dilakukan oleh pakar- pakar ukiran dari China. Secara kebetulan, pekerja mahir ini berada di Pulau Pinang sedang bekerja untuk projek pemulihan tokong dan arkitek meminta bantuan daripada mereka. Laman ( courtyard) juga dipulihkan kepada keadaan asalnya, dengan struktur granit lama yang masih utuh.

Ketika Lee melihat rumah itu pertama kali - adalah warren kepada bilik- bilik kecil tanpa tingkap. Tetapi sejarah dan keaslian bangunan menangkap imaginasinya untuk diilhamkan bagi mewujudkan ruang yang mengimbangi masa lalu dan sekarang. Lee mencadangkan tingkat pertama dicipta semula kepada apa yang berlaku seratus tahun lalu - beberapa bilik tidur yang besar dan mewah. Mereka akhirnya membina empat suites, setiap satu bersekali bilik mandi dibaluti kemasan batu marmar Itali dan kelengkapan top- of- the range.

Manakala, reka bentuk dalaman, Lee mengakui dia terinspirasi untuk mencipta syurga yang menggabungkan gaya vintaj Asian chic dengan suntikan rasa kontemporari. “Jika difikirkan semula, keupayaan untuk mengubah langsung bangunan yang diabaikan, struktur renovasi yang teruk kepada rumah yang indah dan berfungsi untuk klien saya, sebenarnya adalah satu inspirasi. Selain itu, kembara ke seluruh pelusuk Asia seperti Sri Lanka, Laos dan Indonesia banyak mendedahkan saya kepada ciri bersejarah, rumah persendirian dan hotel yang dibina untuk disesuaikan dengan keperluan harian moden.”

ELEMEN PERINCIAN

Melalui pengalaman sebelum ini dengan projek pemulihan dan minatnya pada warisan, Lee tahu melihat dan menilai dengan tepat apa yang boleh disimpan, apa yang perlu dipulihkan dan apa yang perlu ditambah. “Pembahagian ruang ( partition) di ruang utama hilang ketika aset dibeli. Namun bernasib baik, kami dapat mencari bingkai yang bersesuaian dengan ruang. Beberapa kerja ukiran asli masih utuh dan kami menambah kerja ukiran lagi untuk melengkapkan panel pembahagi ( partition). Panel kerja kisi kayu di aras atas telah dipulihkan dan dicat putih, kontras dengan papan lantai kayu Balau. Kamar mandi, kami menambah kemasan marmar baru untuk sentuhan mewah dengan penampilan marmar Carrera putih digunakan melitupi dinding, manakala, marmar kelabu Emperado digunakan sebagai kemasan lantai bertentangan dengan granit vanity top hitam Absoluto. Jubin lantai bergaya vintaj

baru digunakan di ruang makan dan ruang tamu, menghadap halaman yang mempunyai blok granit vintaj. Sepanjang projek dilaksanakan, kami amat bertuah dapat bekerja dengan pekerja- pekerja mahir dalam ukiran dari Pulau Pinang dan negeri- negeri berdekatan,” kata Lee.

Kemasan dan perincian adalah campuran vintaj dan moden dengan beberapa rekaan perabot, termasuk sepasang meja makan asli Tok Panjang, didapati daripada kedai antik dan vintaj di Pulau Pinang dan negeri- negeri berdekatan. Dalam beberapa pilihan yang ada, Lee turut membuat belian di kedai perabot kontemporari seperti Janine, Gudang, Urban Edge dan Ashley Homes, dengan hamparan permaidani daripada Nasim Carpets. Katil empat tiang dan lampu lantai yang diatur indah di kamar beradu ditempah khas oleh pereka tempatan di Pulau Pinang. Sentuhan akhir termasuklah gantungan koleksi karya seni, kebanyakkannya karya artis Malaysia daripada Pulau Pinang dan negerinegeri di bahagian utara seperti Dato Tang Hon Yin dan Koay Soo Kau, karya yang diperoleh dari Galeri Seni Mutiara, Georgetown. Kini, projek pemulihan rumah ini berjaya diselesaikan, dan ianya adalah kredit yang hebat kepada Lee yang menunjukkan bahawa peralihan lama dan baru terasa begitu lancar. Sesungguhnya, pereka itu mengakui dia mempunyai fahaman semula jadi terhadap projek- projek sebegini; “Ini adalah projek kedua saya di Pulau Pinang. Projek sebelum ini di Melaka, kami memulihkan fasad hartanah namun benar- benar memantulkan kembali reka bentuk dalaman dalam gaya kontemporari moden. Sebagai pereka warisan Peranakan, ini adalah mimpi menjadi kenyataan untuk menjadi sebahagian daripada projek ini. Saya amat bernasib baik kerana dapat mengguna pakai pengalaman peribadi saya mengenai budaya Cina Selat ( Chinese Straits) dan pendedahan saya terhadap pelbagai jenis projek ubah suai dan pemuliharaan di seluruh dunia, terutamanya di dalam dan di sekitar Asia.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.