KONTEMPORARI ALA- RESORT

Glam Deko (Malaysia) - - Content - Teks SUHANA DESA Arahan Seni AFIQK KHAIRUDIN Gambar JASON LEE

- “Gaya ala- resort kontemporari, bermain tonasi bumi, dengan padanan perabot daripada rona senada menjadi tunjang dekorasi kediaman.” Pemilik - Rozita Mohd Noor

Elegan Sentuhan Gaya Feminin Erat Bersatu Bersama Rona Bumi. Ambien Natural Dalam Nada Kontemporari Diterjemahkan Hasil Sentuhan Dan Kreativiti Pemiliknya, Rozita Mohd Noor dan suami, Ahmad Shukri Mohd Lazim Di Kediaman Jenis Banglo Berlokasi Di Subang Alam

Selesa mengadun ruang dengan palitan rona cerah, berteraskan palet bumi, Rozita Mohd Noor atau lebih mesra disapa Ogy, menzahirkan kreativiti dan minat sendiri dalam menata hias ruang berkeluasan lebih 5000 kaki persegi. Reka pelan lantai di aras bawah kediaman; dipisahkan kepada beberapa bahagian seperti ruang tamu, ruang makan utama, ruang keluarga, dapur kering dan basah dan bilik tetamu. “Saya telah menduduki kediaman ini sejak 10 tahun yang lalu. Banyak proses ubahsuai berskala besar dilakukan untuk memastikan ruang lebih selesa dan sempurna untuk didiami kami sekeluarga,” beritahu Ogy sambil mempelawa penulis duduk di ruang tamu utama.

Boleh kongsikan cerita tentang kediaman ini? Lokasi dan struktur seni bina menjadi faktor kenapa saya dan suami memilih kediaman ini, selain mempunyai kawasan laman di bahagian sisi kediaman yang membolehkan kami membina landskap hijau dan ruang untuk bersantai dan gimnasium. Selain faktor tanah yang luas, struktur seni bina ala- resort dan rekaan siling tinggi pada ruang tamu utama turut mendorong kami bertekad untuk memiliki kediaman ini. Saya bertuah kerana berkongsi minat dan cita rasa yang sama dengan suami dalam menghias ruang. Rujukan

“Banyak proses ubahsuai berskala besar dilakukan untuk memastikan ruang lebih selesa dan sempurna untuk didiami kami sekeluarga.”

“Pengalaman, cita rasa dan kreativiti sendiri saya terjemahkan dalam penataan keseluruhan ruang.”

gambar dari internet dan majalah serta inspirasi ketika bercuti banyak mencorakkan penataan gaya ruang kediaman.

Apakah konsep dekorasi kediaman? Tatkala merancang untuk memilih konsep hiasan dalaman, suami memberi kebebasan kepada saya untuk memilih gaya yang menjadi minat dan cita rasa sendiri. Lantaran gaya kontemporari alaresort, bermain tonasi bumi, dengan padanan perabot daripada rona senada menjadi tunjang dekorasi kediaman. Pengalaman, cita rasa dan kreativiti sendiri saya terjemahkan dalam penataan ruang. Begitu juga binaan landskap yang mengepung kediaman. Konsep landskap ala- resort digabungkan agar serasi dengan iklim dan suasana setempat.

Apakah perincian istimewa pilihan anda? Saya memberikan penekanan pada kemasan dinding yakni wood paneling, wainscoting dan kertas dinding. Perincian ini lebih nyata mencapai rupa konsep yang ingin saya ketengahkan bersama bingkai gambar untuk memberikan impak elegan pada keseluruhan dekorasi.

Istimewa tentang gaya dekorasi pilihan? Pemilihan warna dan tema yang senada pada

ruang yang berbeza seperti ruang tamu, kamar dan ruang dapur adalah cabaran yang memberi kepuasan. Pelbagai elemen saya garapkan, yakni penyatuan reka bentuk, kemasan, material dan warna yang bersifat elegan menjadi pegangan dalam menghias. Saya lebih suka bereksperimen dengan mengubah aturan dan kedudukan perabot utama dalam mencorakkan karakter setiap ruang. Malah, saya turut menukar warna dinding, seperti di ruang tamu kedua untuk memberi impak kontras dengan pilihan warna biru kelam. Ternyata eksperimen ini berhasil mencipta ruang lebih menyerlah. Ceritakan tentang binaan landskap? Pembinaan landskap agak minimal dan direka untuk memastikan ruang luar dan dalam saling berinteraksi melalui bukaan pintu gelangsar di ruang tamu dan ruang makan utama. Aliran udara yang hadir ke dalam ruang mencipta ambien tenang dan terasa begitu mendamaikan. Biarpun tidak mengetengahkan elemen pembinaan landskap kejur ( hardscape) seperti binaan kolam atau wakaf, cukup hanya dengan tanaman rumput dan pokok dalam membentuk landskap minimal yang praktikal untuk kami sekeluarga.

“Saya lebih suka bereksperimen dengan mengubah aturan dan kedudukan perabot utama dalam mencorakkan karakter setiap ruang.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.