LIBUR

permainan rasa local menjadi nadi saat Andrew wong mengambil keputusna untuk membuka open house dengan takrifan gastronomi lebih moden dan persembahan bertaraf antarabangsa

Glam Deko (Malaysia) - - Content -

Takrifan gastronomi lebih moden bersemi rasa lokal di Open House.

Terletak di atas Acme Bar yang berhadapan pancuran air di KLCC, lokasi yang sedikit tersembunyi ini memberikan rasa privasi buat para pengunjung yang memilih untuk menikmati hidangan di sini. Secara jujurnya, saat melangkah ke lobi bawah, saya sudah terpesona dengan gaya dekorasi yang membawakan ambien bagai di lobi hotel lima bintang ternama. Menaiki ke tingkat atas, ruang makan restoran ini terbahagi kepada empat ruang makan yang boleh diubah suai mengikut kesesuaian majlis dan kehendak pelanggan yang membuat tempahan. Ruang makan pertama dinamakan sebagai ruang peranakan dengan mengangkat gaya dekorasi ala klasik Melaka dalam mainan rona terang merah sebagai latar utama. Sesuai untuk mereka yang mahu bersantai bersama teman dalam kumpulan yang kecil, sekitar lapan orang, ia dilengkapi ruang seakan ruang tamu untuk menikmati hidangan ringan sebelum anda menjamu selera dengan menu utama di meja makan.

Ruang kedua bersifat lebih terbuka dan dapat menempatkan lebih ramai pelanggan di dalam satu- satu masa. Ruang ini dinamakan sebagai The Plantation, yang memberikan penghormatan kepada sejarah pembangunan Malaysia yang bermula sebagai negara pertanian dan ladang sebagai sumber ekonomi suatu ketika dahlua. Dapat dilihat pelbagai elemen berbeza yang

diterjemahkan namun masih kekal mewah dan bersahaja. Ruang seterusnya adalah ruang yang dinamakan sebagai ruang sutera yang kelihatan lebih opulen dan gah. Dikhususkan sebagai ruang santai dan minuman juga gaya yang mengangkat keagungan budaya dan kemewahan Asia saat laluan sutera menjadi gemilang jelas menebal saat melangkah masuk ke ruang ini. Bersebelahan ruang ini, sebuah kamar khusus untuk mereka yang gemar menikmati cerut sebagai aktiviti ketika santai. Ruang Colonial direka dengan menerapkan penggunaan teknik shou sugi ban yang menaikkan aroma kayu kayan yang diasapkan sesuai dengan fungsi ruang.

Menurut Andrew, perjalanan restoran ini punyai misi untuk memelihara kekayaan menu tradisi tempatan. Resipi yang digunakan merupakan olahan daripada resipi turun- temurun yang berasal dari tempat tertentu seluruh pelusuk Malaysia. Biarpun setiap resipi telah diubah suai mengikut kesesuaian, mereka masih cuba mengekalkan keaslian rasa namun disuntik gaya moden dari segi persembahan selain dari olahan rasa yang lebih mesra palet. Justeru itu sempat saya kongsikan kepada Andrew ucapan terima kasih di atas usahanya mencipta sebuah terbaik cita rasa Malaysia dalam masa yang sama berjaya mengangkat elemen kemodenan tanpa membuang kekayaan sejarah dan tradisi

setiap bangsa dan budaya lokal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.