HARTANAH

Terletak strategik di Mont’Kiara, setiap unit dibina berkonsepkan ruang terbuka dan reka bentuk yang dirancang dengan baik untuk mewujudkan gaya hidup mewah dan privasi

Glam Deko (Malaysia) - - Content -

Konsep komuniti penthouse mewujudkan gaya hidup mewah dan privasi.

Pentamont, terhasil daripada

gabungan penthouse dan lokasi projek yang terletak di Mont Kiara. Projek kediaman berstatus pegangan bebas

ini direka untuk memenuhi

golongan sasaran pembeli yang mengimpikan ruang yang lebih besar dengan jaminan kualiti terbaik. Sekitar 90 peratus unit adalah berukuran penthouse dengan keluasan ruang kediaman bermula dari 2,057 kaki persegi, manakala 30 unit direka dengan keluasan 1,300 kaki persegi. Pentamont turut menyediakan enam unit penthouse berukuran bermula 4,000 kaki persegi dan ke atas.

Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Trinity Group Sdn Bhd, Datuk Neoh Soo Keat, pembangunan Pentamont menepati permintaan golongan pembeli sasaran dengan keperluan yang berbeza. Keindahan Pentamont berada berkonsepkan dual- key - akses

masuk menggunakan dua

pintu masuk berasingan ke ruang kediaman yang sama. Ini membolehkan penduduk mengubah maksud dan fungsi bilik mengikut keperluan mereka dan menukar gaya hidup, terutama bagi pemilik yang berkeluarga. Tambahnya, “Ibu bapa boleh tinggal di bilik tidur utama dan anak- anak di bilik yang lain. Mereka juga boleh menghidupkan unit yang lebih kecil sebagai ruang permainan buat si kecil.”

Pemilik juga dibekalkan dengan ciri- ciri lain termasuk sistem keselamatan empat peringkat dari pintu utama, ruang parkir kenderaan dan lobi sehingga ke aras kediaman. Dengan sejumlah 1,034 ruang meletak kenderaan, setiap unit ditawarkan sehingga empat ruang parkir sementara unit penthouse akan mendapat enam ruang parkir. Trinity Pentamont dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.