GUBAHAN CENDERAMATA ( GIFT HAMPER)

Glam Deko (Malaysia) - - Kediaman -

a. Sediakan penyediaan gubahan seperti bekas, span juga bunga yang hendak digunakan. Rendamkan span seketika cukup untuk melembapkan span. b. Mulakan gubahan dengan pilihan bunga asas fokal bersaiz besar. Di sini kami menggunakan Hydrangea. Pastikan ia mendominasi sudut utama. c. Tambahkan bunga kedua mengikut saiz bekas. Kami memilih ros merah samar India oleh kerana saiznya yang seimbang. d. Penuhkan gubahan dengan bunga pelengkap yakni Eustoma. Gunakan bunga- bungaan yang memberikan padanan kontras untuk menyerlahkan gubahan. e. Lengkapkan gubahan dengan mengisi ruang kosong menggunakan dedaun hijau seperti Pittosporum, Eucalyptus juga Asparagus virgatus untuk menambah ketinggian gubahan. f. Letakkan pilihan hadiah yang ingin disertakan juga tambahakan sentuhan peribadi seperti riben dan kad ucapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.