Ben Firdaus Azrai

PEREKA BENTUK DALAMAN

Glam Deko (Malaysia) - - Fokus -

Bermula pada usia muda, Ben Firdaus Azrai pakar dalam reka bentuk residensi dan bangunan komersil. Identiti rekaan tertumpu

kepada campuran warna- warna bold dan aturan perabot dari pelbagai era dalam satu ruang yang sama. Menggenggam Diploma Seni Reka Bentuk Dalaman, Universiti Teknologi Mara ( UiTM) dan ijazah kelas pertama, jurusan Seni Bina ( Dalaman), UiTM, Ben memulakan langkah pertama dalam bidang seni reka bentuk sebagai pereka dan perunding warna bersama Nippon Paint Malaysia selama lima tahun.

Apakah ruang kegemaran di kediaman? Ruang tamu, tempat yang boleh penghuni berkongsi minat dan idea dengan orang untuk mengalami suasana dan persekitaran baru.

Apakah TIGA peraturan utama apabila memilih aksesori yang bersesuaian untuk kediaman? Bajet, reka bentuk dan praktikaliti.

Tip dalam memilih padanan warna yang betul untuk pemilihan aksesori di kediaman? Less is more, terlalu banyak mainan warna menjadikan ruang kelihatan murah; bergantung kepada tema dan konsep.

Apakah kesalahan yang sering dilakukan pemilik kediaman dalam memilih fabrik untuk langsir, sarung kusyen atau alas meja? Corak, elakkan cetakan corak berskala besar pada fabrik, langsir perlu berfungsi sebagai kemasan lembut.

Apakah jangkaan trend untuk warna dan fabrik dekorasi untuk 2019? Warna neutral tidak akan pernah pudar dari arus trend. Kita hanya perlu menjadi kreatif bereksperimen dengan warna dan sentiasa berfi kir di luar kotak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.