Nik A Ramli

PEREKA BENTUK DALAMAN

Glam Deko (Malaysia) - - Fokus -

Nik A Ramli pereka bentuk dalaman berpangkalan di United Kingdom. Dia mendapatkan pendidikan awal di Malaysia dan United Kingdom. Menetap di UK sejak 1991, dia bermula sebagai pereka bentuk dalaman bertauliah pada 1989. Kemudian, pada 2012, dia membina empayar Nik A Ramli Enterprise di Malaysia yang menjadi platform untuk produk rekaannya termasuk fabrik, risalah penerbitan, malah dia turut aktif mengadakan sesi ceramah dan talk mengenai reka bentuk dalaman. Berkemahiran dalam bidang penulisan dan ilustrasi, Nik A Ramli adalah seorang kolumnis untuk majalah gaya hidup bebas terbitan Amerika Syarikat, dan dia juga pernah menerbitkan biografi muzik, ‘ Donna Summer The Thrill Goes On - A Tribute,’ buku ini meraih anugerah ‘ The People’s Book Awards’. Kerja – kerja kreatif termasuk karya edisi terhad cetakan seni Giclee 190g Satin, Nik A Ramli pernah dipamer di dua galeri seni di UK. www. nikaramli. com

Apakah ruang kegemaran di kediaman? Saya memilih ruang tamu. Ini kerana ruang tamu adalah jantung kediaman. Disinilah, saya melabuhkan hari dan berehat. Ruang tamu juga adalah tempat untuk saya meraikan kedatangan tetamu, mempamerkan aksesori dan barangan lain yang memberi makna tersendiri. Walaupun, untuk projek reka bentuk klien, ruang tamu adalah ruang kegemaran saya. Bagi saya, ruang ini boleh direka bentuk mengikut skema, mood dan susun atur yang berbeza. Ruang tamu, ruang yang berfungsi sebagai refl eksi persona sang pemilik dan penghuninya. Apakah TIGA peraturan utama untuk memilih fabrik atau kemasan lembut yang bersesuaian dengan kediaman?

Tekstur

Pertimbangkan keadaan bilik, kemasukkan cahaya semulajadi, saiz dan suasana keseluruhannya. Adakah bilik bergaya formal atau lebih kasual? Buat ruangan yang lebih formal, pilih fabrik berat seperti sutera atau baldu sebagai perhiasan jendela. Manakala, bilik yang lebih kasual, pertimbangkan linen ringan. Contoh lain; campuran wul yang sentiasa kelihatan cantik dengan apa jua gaya hiasan rumah untuk sepanjang musim. Malah, fabrik campuran kapas dan kapas bersifat fl eksibiliti sepanjang tahun dan boleh digunakan buat menyempurnakan hampir semua gaya dekorasi.

Ketahanan

We want the chosen fabrics to last. Fikirkan mengenai berapa banyak pendedahan matahari secara langsung apabila memilih fabrik. Walaupun semua fabrik mudah terdedah kepada kerosakkan cahaya matahari, namun kain lembut seperti sutera, lebih cepat rosak berbanding kain lebih tebal dengan lebih daya tahan seperti kapas, kanvas, chintzes dan brocade.

Gaya

Pilih fabrik yang melengkapi kedua- dua gaya perabot dan hiasan dalaman kediaman. Kebiasaannya, pilihan fabrik kami perlu berpadanan gaya dan karakter ruang. Sebagai contoh, fabrik tradisional adalah pilihan baik untuk rangka bergaya tradisional. Melainkan, seseorang berani mencuba gaya dan tahu memadankan dua gaya berbeza. Pendekatan ini membawa sentuhan keaslian ( originality) pada kediaman. Sentiasa pilih fabrik berpadanan gaya sang penghuni dan mood dekor ruang. Pertimbangkan juga skala corak. Sepatutnya, corak perlu bersesuaian dengan ukuran perabot dan keluasan ruamh. Corak besar dan bold berfungsi lebih baik untuk ruang yang besar, sementara pola corak lebih kecil dan kasar adalah pilihan terbaik untuk ruang lebih kecil.

Tip memilih padan warna yang betul

dalam menghias kediaman? Pemilihan warna bersifat personal. Memilih palet warna adalah penting dan menarik yang mana kadang kala, ianya aspek paling menakutkan dalam menghias kediaman. Pertama kali, mulakan dengan melihat roda warna atau sampel warna. Lakukan test patch cat warna mengikut pilihan color swatches di atas dinding berbentuk empat segi atau boleh gunaan kertas berukuran besar seperti A4 atau A3. Tampalkan kertas pada dinding dan gerakkan kertas untuk melihat perubahan warna cat mengikut cahaya semulajadi siang, malam dan pengcahayaan lampu. Biarkan sampel warna pada dinding beberapa hari atau seminggu dan pilih warna yang dirasakan sesuai. Apakah jangkaan trend untuk warna dan fabrik dekorasi untuk 2019? Setiap tahun setiap organisasi dan pakar industry cenderung meramalkan apa yang akan menjadi hangat untuk tahun mendatang! Jangan ikut trend. Gunakan imaginasi sendiri. Apa yang dilihat, pencarian baldu semakin meningkat dan menjadikannya pilihan fabrik popular. Material baldu bersifat menggoda dan sensual. Bagi warna fabrik, saya sukakan semua warna yang ada. Buat pengikut trend, lakukan carian terhadap warna Spiced Honey atau Salted Carame. Secara peribadi, saya merasakan apa yang hangat adalah apa yang anda gemari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.