SUP TOMATO TOM YAM

Glam Deko (Malaysia) - - Sajian -

BAHAN – BAHAN

2 sudu besar minyak zaitun

1 biji bawang besar dipotong dadu

2 batang lobak merah dipotong dadu

3 biji bawang putih dicincang

5 biji tomato dipotong dadu

1 sudu besar pes tomato atau tomato puri

3 helai daun limau purut

2 batang serai

1 inci lengkuas

2 sudu besar cili pes thai

3 cawan stok ayam

2 sudu kecil garam

¾ cawan krim CARA MENYEDIAKAN

1. Panaskan kuali di dalam periuk.

2. Masukkan bawang besar dan lobak merah dan tumis sehingga empuk.

3. Masukkan bawang putih dan biarkan masak selama seminit.

4. Tambahkan tomato, pes tomato, stok ayam dan garam. Kacau sebati.

5. Biarkan sup mendidih seketika dan perlahankan api.

6. Masak sup selama 20 minit atau sehingga

tomato empuk.

7. Gunakan mesin pengisar tangan, kisar sup sehingga menjadi puri.

8. Kemudian, masukkan daun limau purut, serai dan lengkuas. Biarkan sup mendidih.

9. Masukkan pes cili thai dan krim. Kacau sebati.

10. Hidangkan sup panas bersama kepingan roti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.