KEK KUKUS THAI

Glam Deko (Malaysia) - - Sajian -

BAHAN – BAHAN

3 biji telur

1 cawan gula

1 cawan tepung

½ sudu kecil perasa pisang

½ sudu kecil pewarna makanan merah CARA MENYEDIAKAN

1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang dan gebu.

2. Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan telur tadi. Kacau rata

menggunakan spatula.

3. Masukkan perasa pisang. Kacau sebati.

4. Bahagikan adunan kepada dua mangkuk.

5. Masukkan pewarna makanan merah dalam satu mangkuk adunan dan kacau sebati.

6. Tuangkan adunan kek tanpa pewarna ke dalam dulang.

7. Kukus

kek selama 15 minit.

8. Kemudian, masukkan adunan berwarna merah ke atas kek yang telah masak.

9. Kukus lagi selama 20 minit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.