SEBELUM UBAH SUAI

Glam Deko (Malaysia) - - Renovasi -

TETAPKAN MATLAMAT ANDA

Kenal pasti apa yang anda mahu capai, keperluan anda dan sebarang isu yang anda utarakan. Ini termasuk perancangan bagaimana anda akan menggunakan bilik yang anda miliki, atau jika anda perlu memecahkan dinding yang anda tidak perlukan, dan elemen praktikal seperti ruang penstoran dan ruang mendobi. Ia mungkin berguna untuk menyimpan sumber rujukan yang anda temui sama ada melalui majalah atau risalah. Fokus pada susun atur fi zikal ruang yang anda perlukan terlebih dahulu, diikuti dengan membuat satu lagi senarai peralatan pintar yang anda miliki atau merancang untuk membeli. Ini termasuklah rangkaian digital tanpa wayar, sistem bunyi, sistem kediaman pintar, pencahayaan, penyaman udara, kunci dan perkakas dapur yang disambungkan ke sistem pusat kediaman anda.

PANDUAN GARIS MASA

Adakah terdapat tarikh akhir yang anda perlukan untuk menyiapkan pengubahsuaian dan berpindah masuk? Sekiranya demikian, fokus masa bekerja dari sebelum tarikh akhir itu bagi mengelakkan kelewatan yang tidak diduga. Ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, seperti kekurangan tenaga kerja, bahan tidak tersedia, dan keadaan tapak yang tidak dijangka. Ini adalah di mana khidmat pereka dalaman diperlukan untuk membantu selain mengambil peranan sebagai pengurus projek, serta menyelesaikan sebarang masalah reka bentuk. Pastikan anda tidak lupa faktor masa yang diperlukan untuk ketetapan jalur lebar ( Netlink Trust), serta untuk aplikasi rangkaian jalur lebar mudah alih dan perkhidmatan kabel televisyen.

TENTUKAN BAJET YANG REALISTIK

Buat anggaran dan fikirkan berapa banyak peruntukan yang anda miliki, bagi mengelakkan kos melebihi anggaran bajet asal. Berhati- hati dengan bayaran pemeriksaan, yuran permohonan dan kos penghantaran, terutamanya untuk pesanan dalam talian. Sebaiknya buka akaun bank yang berasingan untuk perbelanjaan pengubahsuaian supaya lebih mudah untuk memantau kos penyelenggaraan dan pengubahsuaian yang dilakukan. Bahagikan kos kepada tiga bahagian, yang pertama untuk kos reka bentuk dalaman dan buruh, kedua untuk kos bahan ( jubin, lantai berlamina, kemasan permukaan, lampu, sistem dan unit penyaman udara) dan ketiga untuk seleksi perabot. Ini membantu anda memahami berapa banyak perbelanjaan yang diperlukan pada setiap ruang, dan pastikan semua bahagian proses pengubahsuaian mengikut bajet yang sewajarnya.

SEDIAKAN PERANCANGAN KECEMASAN

Kelewatan tidak dapat dielakkan, jadi rancang dengan sebaiknya. Sekiranya berlaku kelewatan, adakah anda mempunyai tempat tinggal untuk menginap? Bolehkah penghantaran perabot dan peralatan ditunda dan adakah anda akan dikenakan yuran tambahan? Bezakan antara keperluan ( musthaves) dan kehendak ( nice- to- haves) dan memberi keutamaan sesuai dengan anggaran bajet dan garis masa anda. Jika anda ingin segera berpindah masuk, anda boleh mula membeli perabot dan kelengkapan rumah terlebih dahulu dan asingkan sehingga ia boleh digunakan. Walau bagaimanapun, berhati- hati untuk tidak membazir dalam berbelanja membeli barangbarang yang tidak perlu dan akan menyesakkan ruang kediaman di kemudian hari.

D. I . Y ATAU MENGUPAH PEREKA DALAMAN?

Melakukannya sendiri ( DIY) boleh membantu anda merancang kos dengan lebih baik dan pilihan yang lebih baik jika anda tahu apa yang anda inginkan, apa yang anda perlukan dan apa yang perlu dilakukan. Tetapi, jika anda kesuntukan masa, selain tidak mahir selok belok proses pengubahsaian yang perlu dilakukan, adalah lebih baik untuk mendapatkan khidmat seorang professional- pereka dalaman. Pereka dalaman akan dapat membantu anda dengan permohonan permit pengubahsuaian dan mengesyorkan kontraktor untuk anda pilih. Apabila mencari pereka dalaman, jangan hanya melihat portfolio dan gaya dekorasi pilihan mereka. Adalah sangat penting bahawa anda mempunyai hubungan baik dan dapat berkomunikasi secara efektif antara satu sama lain.

PENILAIAN PRE- RENOVASI TENTANG KONDISI SEBELUM

Sekiranya kediaman anda adalah unit jualan semula, dapatkan penilaian profesional tentang keadaan yang sedia ada, sama ada masih berstruktur dengan baik, atau terdapat kebocoran dan masalah kelembapan, dan jika pintu dan tingkap berfungsi dengan baik. Selain daripada isu keselamatan dan fungsi, ia juga akan membantu anda untuk mengutamakan apa yang perlu diganti dan apa yang dapat dikekalkan. Sekiranya unit baru yang dibeli daripada HDB atau pemaju swasta, pastikan untuk menyemak sebarang kecacatan dan diperbetulkan sebelum anda meneruskan kerja- kerja pengubahsuaian. Ingat untuk memeriksa sama ada premis itu bersifat fi bre- ready. Sebagai alternatif, anda boleh melawat http:// netlinktrust. com/ untuk mengetahui lebih lanjut.

PERMIT DAN KELULUSAN

Ambil maklum sejauh mana kerja- kerja ubahsuai yang dibenarkan untuk dijalankan, dan pastikan kontraktor dan pereka dalaman anda mengambil perhatian terhadap elemen struktur yang tidak boleh diganti. Pemilik rumah HDB akan dimaklumkan status permohonan permit melalui portal HDB dalam talian. Ia juga membantu jika pemilik kediaman menghubungi talian 1800- 225- 5432 untuk menyemak status kemas kini.

PUNCA ELEKTRIK DAN KABEL

Jangan terlepas pandang elemen penting seperti punca elektrik ( kuantiti, lokasi, ketinggian pelekap), titik pencahayaan dan kedudukan kabel. Perancangan awal dapat membantu anda merancang untuk menyembunyikan kabel dan wayar elektrik.

BELI BELAH PERABOT

Anda boleh meminta pereka dalaman untuk mencadangkan jenis, reka bentuk dan material perabot yang diperlukan untuk melengkapi gaya ruang kediaman. Pastikan bahawa apa sahaja yang diinginkan menepati keperluan dan fungsi ruang. Jangan lupa untuk menyediakan aliran trafi k ruang di sekitar perabot. Juga, pertimbangkan bagaimana dan di mana anda akan menempatkan peranti barangan elektronik, seperti kelengkapan muzik, modem, router, sistem bunyi dan televisyen.

ELEMEN BINA DALAM

Merancang elemen bina dalam atau ruang penstoran dengan teliti kerana setelah siap proses pemasangan, jika tersalah kedudukan dan ukuran, ini memberi implikasi terhadap kos dan masa. Pastikan kontraktor dan pereka dalaman memeriksa semua ukuran tapak yang berkaitan dengan teliti sebelum membuat pemasangan. Untuk kelengkapan bina dalam, sentiasa periksa saiz untuk memastikan bahawa pertukangan kayu sesuai dengan kedudukan peralatan. Anda mungkin perlu memilih peralatan lebih awal, kerana kontraktor memerlukan dimensi atau ukuran sebelum memulakan proses reka bentuk. Jika anda memerlukan ruang untuk mempamerkan koleksi personal yang bernilai, pastikan anda memaklumkan terlebih dahulu kepada pereka. Ini kerana mereka mungkin memerlukan set- up yang lebih teliti dan ruang rak.

KESELAMATAN

Jika ada kawasan yang tidak termasuk dalam proses pengubahsuaian, pastikan kontraktor menutup bahagian tersebut sebelum memulakan kerja untuk mengelakkan kerosakan.

SUMBER RUJUKAN

Kontraktor atau pereka dalaman harus dapat membantu anda mengenalpasti perkara yang penting terlebih dahulu. Sebagai contoh, sistem saluran perlu diutamakan sebelum pemasangan paip, diikuti dengan pendawaian elektrik dan sebagainya. Mohon penyambungan jalur lebar terlebih dahulu, supaya juruteknik dari pembekal perkhidmatan jalur lebar dapat membantu pemasangan jalur lebar dengan lebih efektif, serta rangkaian Wi- Fi dan kabel televisyen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.