SELEPAS UBAH SUAI

Glam Deko (Malaysia) - - Renovasi -

DOKUMEN KONTRAK PERJANJIAN

Semak kontrak sekali lagi dan pastikan pereka dalaman atau kontraktor anda telah menyiapkan semua kerja seperti yang dipersetujui dan anda berpuas hati dengannya. Perhatikan beberapa pembetulan atau penambahbaikan yang perlu dilakukan apabila proses siap sepenuhnya dan diserahkan kepada anda. Kenal pasti jika terdapat sebarang cela atau kawasan yang memerlukan kerja tambahan.

MEMERIKSA KECACATAN

Berjalan ke seluruh ruang kediaman dan perhatikan dengan terperinci, sama ada jubin diletakkan dengan sempurna tanpa jurang dan bahagian bucu yang tajam atau tidak rata, sama ada terdapat sebarang keretakan pada dinding, cela, jurang antara perabot bina dalam, kemasan lantai dan dinding bersebelahan, dan sama ada bahagian yang bergerak seperti laci dan pintu kabinet beroperasi dengan lancar. Perhatikan beberapa perubahan atau penambahbaikan yang perlu dilakukan apabila kediaman diserahkan kepada anda. Tunjukkan cela dan kawasan yang memerlukan kerja tambahan Amat penting untuk anda membawa bersama pita pelekat ketika membuat pemerhatian teliti setiap ruang kediaman, jika terdapat kecacatan bagi memudahkan anda untuk memaklumkan kepada pereka dalaman dan kontraktor.

ASPEK YANG TIDAK DAPAT DILIHAT

Perhatikan perkara- perkara yang tersembunyi dan tidak dapat dilihat terus seperti saliran air, sistem paip dan pendawaian. Pastikan rangkaian tanpa wayar anda beroperasi dengan betul.

KERJA BAIK PULIH

Buat senarai kecacatan, mengambil beberapa rujukan gambar dan berbincang dengan pereka dalaman dan kontraktor anda. Bincangkan langkah- langkah yang akan diambil untuk mengenalpasti kelemahan dan masalah yang mungkin dihadapi. Perlu diingat bahawa kerja yang berbeza dijalankan oleh subkontraktor yang berlainan semasa pengubahsuaian, jadi proses pembaikan akan melibatkan pelbagai pihak. Rujuk pereka dalaman dan kontraktor untuk memantau bagi pihak anda. Sesetengah kecacatan utama mungkin melibatkan kerja- kerja pembaikan yang menyeluruh atau tertangguh, justeru anda perlu bersiap sedia. Paling penting, jangan berpindah dahulu sebelum anda benar- benar yakin bahawa semua telah diperbaiki dengan sempurna, atau jika tidak, anda akan menghadapi masalah selepas berpindah.

PEMBERSIHAN

Tidak seperti pembersihan kediaman harian, pembersihan pasca pengubahsuaian sebaiknya diuruskan oleh profesional. Ini termasuk penyingkiran sisa- sisa pengubahsuaian ( walaupun perkara kecil seperti skru dan bahan plastik), dan pembersihan lantai, lekapan, peralatan bina dalam dan pendawaian elektrik lain - seperti kipas siling, di dalam dan bahagian luar kabinet dan laci, tingkap, panel kaca, pemegang pintu, dan lain- lain.

KESELAMATAN

Pastikan tombol kunci pintu utama anda ditukar setelah semua kerja pembaikan selesai dan unit sedia telah diserahkan. Anda hanya perlu menukar silinder dan bukan seluruh set kunci. Jika ia adalah kunci elektronik, tukar semula kata laluan atau kod rahsia untuk akses kunci ke ruang kediaman. Kini terdapat pelbagai pilihan kunci digital, seperti kunci Digital PushPull Samsung, dilengkapi dengan keupayaan Bluetooth, membolehkan anda memuat naik kunci sehingga lapan telefon pintar supaya anda boleh membuka pintu dengan peranti mudah alih anda. Ia juga boleh diselaraskan dengan sistem kediaman pintar, seperti Alexa dan Google Home.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.