MAKAN DENGAN SELESA

Glam Deko (Malaysia) - - Renovasi -

Untuk merai majlis makan malam keluarga sempena musim perayaan atau sambutan ulangtahun, ruang makan perlu berfungsi sebagai ruang yang selesa, dan cosy. Untuk tujuan ini, adalah penting bahawa pilihan kipas membantu mengekalkan aliran udara yang selesa untuk seisi keluarga dengan udara yang bersih dan segar. Ini bukan sahaja akan menjadikan pengalaman bersantap anda lebih menyenangkan, ia memastikan kesan bau makanan akan mengalir keluar tanpa mencacatkan aroma pada ruang. Secara semulajadi, inilah kipas siling yang cekap yang anda perlukan! Kipas KDK Moshon K18NY- RBR, dilengkapi dengan motor DC untuk kecekapan tenaga dan sembilan kelajuan pratetap – membolehkan kawalan suhu udara dalam keadaan stabil untuk menampung kapasiti tetamu dan individu di ruang ini. Secara estetik, rekaan paip pendek sangat sesuai dengan ketinggian siling yang lebih rendah, sementara warnanya, gabungan warna kayu dan hitam anggun menambah gaya mewah ke ruang kediaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.