RUANG

GLAM Deko - - Contents -

To- Do- List meraikan syawal tanpa perlu perubahan berskala besar.

Musim Perayaan Menjelang Tiba. Menghias Kediaman Tentunya Termasuk Dalam To- Do List Meraikan Bulan Baru. Menghias Tidak Semestinya Berpaksi Pada Perubahan Berskala Besar Seperti Renovasi Cukup Sekadar Bertukar Fabrik Kusyen, Hamparan Permaidani Dan Warna Latar Kediaman. Lihat Senarai Ringkas Bagi Yang Mahukan Nafas Baru Di Kediaman

Ruang Tamu

Ruang tamu adalah ruang sosial yang memberi fi rst impression para tetamu buat sang penghuni. You gotta make them impress at this space! Reka bentuk tempat duduk; sofa atau kerusi berlengan pilih yang selesa untuk melabuhkan duduk. Material kulit untuk look lebih klasik dan bersifat tahan lasak, sesuai bagi yang masih mempunyai anak kecil. Sofa dibaluti fabrik kapas linen tidak sensitif seperti sangkaan ramai. Jika terkena kotoran, hanya perlu lap menggunaka­n kain fi ber basah sehingga kesan hilang. Fabrik jenis kapas linen tidak mudah pudar warna dan rapuh berbanding baldu. Jika berkenan pada fabrik baldu, penghuni perlu bersedia untuk menukar fabrik dalam jangka masa lima tahun paling maksimum. Rekaan sofa berangka besi dilihat lebih kukuh dan mampu bertahan dalam tempoh lama serta tidak mudah patah.

TIP: Pilih sofa berdasarka­n saiz ruang lantai kediaman. Ruang kecil tidak mampu menampung sofa berukuran dempak malah menjadikan ruang lebih sesak. Cukup sekadar sofa dua tempat duduk atau berbentuk L dalam balutan fabrik polos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.