ESTETIKA KOLONIAL 70- AN

Perabot Guna Pakai Semula, Struktur Kukuh Dan Aksesori Asal Memberi Nafas Baru Buat Kediaman Kolonial Lama Disulami Sentuhan Art Deco

GLAM Deko - - Contents - Terjemahan Teks NADIA ZOLKIFLI Gambar HOME & DÉCOR MALAYSIA

“Koleksi seni dan aksesori klasik sebagai rencah wajib yang menambah gaya ruang hidup kolonial dan Art Deco yang diilhamkan.” Pemilik

Pemilik, seorang wanita yang sudah lama berkeingin­an untuk memiliki kediaman kolonial lama berasa teruja apabila dapat membeli rumah berstruktu­r era 1970- an dalam reka bentuk baik. Struktur dan aksesori asal kediaman seperti lampu dinding dan tangga berada dalam keadaan sempurna seperti apa yang pemilik idamkan selama ini – interpreta­si moden gaya kolonial dan Art Deco. “Hampir kebanyakka­n perabot di kediaman ini, dibawa dari kediaman saya sebelumnya, memberikan ruang sedia ada kehidupan dan atmosfera yang kami sudah biasa lihat. Saya gembira kerana Alex Kwan dari Museum Homes menghargai pilihan saya untuk mengguna pakai semula,” beritahu pemilik. Apa yang terpamer di kediaman ini menelan kos

pengubahsu­aian sebanyak RM2,100,000. Mereka membaik pulih keadaan rumah bergaya Art Deco yang menggunaka­n banyak kemasan gelap, oleh itu, kediaman perlu memiliki aliran pencahayaa­n yang baik. Struktur asal kediaman dengan binaan tetingkap separuh dan siling palsu menjadikan suasana dalam kediaman gelap dan tidak mempunyai sistem aliran udara yang baik. Bagi mewujudkan ruang terang dan lapang, siling palsu diruntuhka­n, tingkap labuh bingkai besi dan pintu lebih besar dipasang. Lantai marmar putih di ruang tamu dibersihka­n, lantas ruang kelihatan lebih luas dan bersinar dengan kemasukkan sinaran cahaya matahari pada siang hari.

Pemilik menempah perabot dan aksesori yang tidak boleh dijumpai. Mereka membeli sofa mewah berbentuk L dari jenama Sepanyol, Sancal dan set kerusi meja

“JUBIN MOZEK DI RUANG FOYER DAN KAMAR MANDI UTAMA DIREKA OLEH MUSEUM HOMES.”

“PEMILIK RUMAH MENGATAKAN dIA TERTARIK DENGAN KERJA BESI OLEH MUSEUM HOMES, PEREKA, ALEX MENGAPLIKA­SIKANNYA DALAM REKA BENTUK PINTU KACA BERBINGKAI BESI DI DAPUR DAN TETINGKAP.”

makan berjenama Boconcept dari Denmark. Reka bentuk perabot kontempora­ri ini tidak mudah dimamah zaman. Pemilik tidak dapat mencari meja makan sempurna untuk dipadankan, Alex membina meja makan untuk lapan tetamu dan meja bufet diperbuat daripada marmar marquina hitam. Dia juga mereka bentuk rak buku bergaya Art Deco yang melindungi ruang stor.

Pemilik menghidupk­an ruang- ruang yang ada dengan karya dan aksesori seni. Koleksi seni dan aksesori klasik sebagai rencah wajib yang menambah gaya ruang hidup kolonial dan Art Deco yang diilhamkan. “Di rak buku saya ada patung Dewi Kesuburan, yang dibeli ketika bercuti di Greece dan tiga arca LIadra. Setiap satu melambangk­an tiga anak perempuan saya; setiap kali melahirkan anak, suami menghadiah­kan arca patung keibuan. Saya akan memberikan arca ini kepada anakanak perempuan saya apabila mereka sudah dewasa kelak,” kongsi pemilik kediaman. Lampu candelier kaca Murano tergantung di tengah- tengah ruang makan, dan terlihat koleksi seni terbesar pemilik hasil orang Vietnam menambah warna pada ruang meski dalam tonasi warna lembut dan senada.

Ruang tamu dalam tata gaya moden polos dengan mainan warna neutral biru, putih dan campuran material kayu dan besi.

Ruang foyer diperluask­an saiz ruang menggunaka­n ruang lantai beranda; sebahagian daripada tempat parker kereta. Pemegang bersadur tembaga antara elemen wajib bagi mewujudkan gaya Art Deco.

Tangga berstruktu­r spiral juga turut dibina di kamar beradu dan lampu candelier kaca menambah gaya kolonial pada segenap ruang. Bilik berbedak, terletak berhampira­n tangga mewah serba hitam dengan kemasan marmar berira selaras reka bentuk meja makan.

Kamar mandi dilengkapi aksesori bangku dan pintu masuk dempak berwarna merah yang direka berpaksika­n keupayaan orang tua. Ruang makan memperliha­tkan perabot rekaan pereka terkenal dunia, kerusi kuning oleh Phillipe Stark dan gantungan lampu besar Kartell. Gerobok pakaian peribadi dibina bercirikan vintaj dengan rekaan pintu bangsal yang memisahkan ruang dengan kamar mandi. Kamar mandi dalam tata gaya minimal berlatarka­n kemasan kayu cerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.