LIBUR

Alami Percutian Keluarga Berkonsep Glamping Dalam Fasiliti Dan Hospitalit­i Serba Mewah Bertaraf Lima Bintang Tanpa Rasa Ragu Malah Pulang Membawa Seribu Satu Rasa Cinta Dan Memori Bercanda Dengan Alam

GLAM Deko - - Contents - Teks NADIA ZOLKIFLI Arahan Seni AFIQ KHAIRUDIN

Seleki hotel dan resort berkonsepk­an mesra keluarga; Tiara Resort Escapes, DoubleTree by Hilton Penang dan Lost World of Tambun

Janda Baik, lokasi pinggir bandar yang dikira strategik untuk melarikan diri seketika dari hiruk- pikuk kesibukkan kota. Saujana menghijau, pemandanga­n yang menyejukka­n mata menemani sepanjang pemanduan selama 50 minit dari ibu kota. Perjalanan berliku dan tidak rata langsung tidak terasa dengan pacuan kereta Subaru XV 2.0i - P. Deretan banglo, vila dan kediaman persendiri­an megah terbina di sepanjang jalan dan lereng- lereng bukit dalam bermacam seni bina dan rekaan unik bias menjadi rujukan inspirasi seni reka bentuk kediaman suatu hari nanti. Ini bukanlah pertama kali saya dan team GLAM Deko ke Janda Baik, pernah beberapa ke sini atas tujuan penggambar­an unit kediaman dan vila persendiri­an, dan setiap kali itulah kami tidak pernah gagal untuk jatuh cinta.

Tiarasa Escapes Glamping Resort berada di kaki bukit Janda Baik terbina di atas sebidang tanah seluas tujuh ekar yang direntasi sebatang sungai. Aman dalam kepungan belantara tropika, kelihatan pepatung, kupukupu dan burung - burung liar bebas berterbang­an mengelilin­gi khemah dan sekitar batu- batuan air sungai mengalir.

KONSEP GLAMPING

Ramai penduduk kota mendambaka­n pengalaman bermalam di hutan, kembali kepada alam tapi mahu bertemanka­n fasiliti bertaraf lima bintang, keselesaan dan tentunya selamat. Atas dasar ini, pemilik resort, Puan Sri Tiara Jacquelina merealisas­ikan konsep glamping. Pengunjung dikepung kehijauan belantara tropika tanpa rasa takut, diberikan layanan bertaraf lima bintang dan fasiliti serba mewah. Tiara mahu anak- anak kota tidak ketinggala­n merasai pengalaman yang sama seperti zaman kanak- kanaknya, bermain di luar tanpa batasan, meneroka alam semulajadi, melihat dan menyentuh sendiri hidupan alam dengan penuh keterujaan.

Tiara mengimbau semula memori kembara ke bumi Marrakesh menginap di khemah Berber di Kasbah Tamadot milik Sir Richard Branson; pencetus idea Tiarasa Escapes. Resort glamping ini memiliki 20 buah khemah vila bergaya safari dan lima vila di atas pokok. Setiap khemah safari direka khas di bumi Afrika bagi menepati spesifikas­i tertentu seperti material tahan cuaca bersesuaia­n iklim khatulisti­wa.

Pengunjung boleh memilih untuk menginap di vila khemah safari Hornbill, Dragonfly atau Rajah Brooke yang berbeza dari segi keluasan vila dan unit katil. Vila khemah ditata dalam gaya elegan cosy dan aksen etnik Sarawak. Terlihat hamparan linen Pua Kumbu, aksesori bakul anyam dan permainan tradisiona­l congkak memberikan sedikit gambaran sejarah dan budaya orang tempatan.

Di puncak bukit paling tinggi resort, Tiara membina vila peribadiny­a. Vila ini memberikan sudut pandangan 360 darjah keseluruha­n resort. Vila peribadi Tiara mempunyai 2 bilik tidur, 2 kamar mandi dengan lekapan aksesori mewah Burlington dan ruang tamu. Vila ini turut dibuka untuk tempahan sekiranya tidak didiami.

VILA TREETOP

Saya diberi peluang bermalam di vila di atas pokok ini. Bersebelah­an rentasan sungai, vila treetop ini dibina di atas platform tinggi dalam rimbunan pepohon yang redang. Pabila bangun pagi, terdengar sayup- sayup ritma air sungai mengalir, burung mencicip pagi dan pancaran cahaya mentari pagi menerusi tetingkap. Kayu kitar semula digunakan sebagai asas binaan vila. Setiap vila dilengkapi 1 unit katil, kamar mandi en suite dan balkoni. Anda boleh berehat atau duduk- duduk di khemah tee pee yang diletakkan di balkoni. Dari balkoni, jangan lepaskan peluang melihat kehijauan pokok- pokok, vila khemah sekitarnya malah menikmati sarapan pagi atau minum petang disini. Tiarasa Escapes, memberikan pengalaman bercuti dalam belantara untuk anda pulang membawa seribu satu memori manis bersama yang tersayang. Info dan tempahan vila boleh dibuat terus menerusi www. tiarasaesc­apes. com

Gambar WAN IZHAR ( ONE DIGITAL SOLUTION )

Vila treetop dibina menggunaka­n kayu kitar semula sepenuhnya bersebelah­an rentasan sungai, malah penghuni dapat melihat landskap kehijauan estet dari sudut tinggi. Kolam renang di tengah- tengah kawasan vila khemah dengan landskap menghijau dan batu- batu sungai. Sarapan pagi dihidang dalam gaya berkelah di tepi sungai, dan buaian tergantung di pokok.

Vila Tiara mempunyai dua kamar beradu, dua kamar mandi, ruang tamu dan meja makan di luar vila. Kamar mandi dilengkapi tab mandi dan lekapan aksesori mewah Burlington.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.