Semangat Dekorasi

GLAM Deko - - Kata Pengarang - Suhana Desa EDITOR [email protected] bluinc. com. my

Memasuki bulan April, kemeriahan raya sudah mula dirasakan kerana Mei bermulanya Ramadan. Untuk memastikan persiapan anda lebih bermakna, team GLAM Deko membawakan ‘ semangat’ dekorasi menjelang raya untuk menyuntik inspirasi dalam merancang kemeriahan berganda. Kebiasaann­ya item dekorasi seperti langsir, permaidani, alas meja, balang kuih dan bunga mendapat kedudukan teratas dalam senarai bajet raya.

Bagaimana pula dengan belian perabot? Bilakah kali terakhir anda menukar sofa baru atau hanya menggantik­an fabrik sahaja? Jika anda pengumpul perabot atau barangan antik dan vintaj, rasanya menukar sofa atau kerusi baru bukanlah satu agenda. Malah nilai barangan antik semakin lama digunakan, akan semakin bernilai kerana kualiti pembuatan dan material yang teguh dan kekal evergreen. Justeru, GLAM Deko mengembali­kan kegemilang­an perabot dan aksesori antik vintaj dengan penataan ruang yang ditata penuh bergaya di ruangan ILHAM ( halaman 60).

Begitu juga dengan seleksi perhiasan porselin seperti pinggan mangkuk dan cawan yang menjadi perhatian para tetamu saat menyediaka­n hidangan di meja makan. Pilihan yang tepat akan memperinda­hkan ruang makan malah mampu menerbitka­n suasana serba mewah dan elegan tanda merai tetamu penuh istimewa. Bukan itu sahaja, tidak lengkap hiasan rumah tanpa kemasan lembut atau fabrik yang menambah seri ruang. Kini pelbagai ragam tekstur dan material yang diolah dalam paten dan motif untuk mengubah wajah ruang, sama ada pelengkap jendela, menghiasi meja makan atau berbentuk kusyen pelengkap gaya di ruang tamu. Idea penuh di halaman 66.

Semoga dengan paparan yang dikongsika­n dalam edisi kali ini dapat mencambahk­an idea dan menjadi rujukan terbaik dalam senarai to- do- list menyambut raya!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.