Nota Camelia

GLAM Deko - - Trend -

Apungan aroma aksen bunga- bungaan di ruang kehidupan menghembus seribu satu ketenangan dan kedamaian buat seisi penghuniny­a. Esktrak bauan bunga Camelia yang diadun bersama bahan mineral lilin putih mencipta lilin Camelia edisi terhad, Ladurée. Lilin terisi dalam bekas seramik hitam bercetak logo jenama Parisian ini sesuai dijadikan sebagai bingkisan istimewa jika anda menghadiri majlis house warming. Lilin Camelia mampu menyala selama 55 jam dalam tempoh pembakaran serta tidak menghasilk­an jelaga hitam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.