TREND MUSIM BUNGA 2019

GLAM Deko - - Trend -

TAMAN FLORA UNIK

Sama ada anda ingin mengadakan majlis perkahwina­n, kesyukuran mahupun makan malam, kagumkan para tetamu dengan gubahan bunga- bungaan yang segar dan unik. Tempah gubahan bunga- bungaan eksotik atau lakukan sendiri dengan menggabung­kan bunga rona pastel dan cerah untuk mood lebih romantis. Bunga tidak semestinya digubah di dalam pasu ataupun bakul sahaja. Gunakan imaginasi dengan menciptaka­n sesuatu yang luar biasa melalui gubahan di dalam teko ataupun bekas air minuman. Bagi yang menggemari sesuatu

yang unik dan kreatif ala avant- garde, binalah sendiri hanging garden dramatis yang melawan arus graviti. Letakkan karangan bunga yang besar dan melingkar di atas meja tamu. Ikatkan lingkaran bunga dengan tali pancing dan sangkutkan pada cangkuk di siling. Hanging garden anda semestinya mencuri tumpuan para tetamu.

KEMEWAHAN GRAZING TABLE

Selain hidangan buffet ataupun banquet, hidangkan para tetamu mengikut trend semasa yang semakin popular pada saat ini, iaitu grazing table, yakni mempamerka­n kemeriahan pelbagai jenis hidangan yang mewah lagi lazat. Bagi menambahka­n penampilan yang teratur dan terancang, bina kombinasi hidangan berdasarka­n tema, musim dan bahan- bahan tempatan bagi menghasilk­an smorgasbor­d yang menarik. Kilauan lembut piuter memberikan latar belakang yang sempurna untuk hidangan keju, pastri, quiche, roti, atau kueh nyonya sebagai pencuci mulut. Potongan buahbuahan seperti mangga, delima atau markisa pula menambahka­n rona menarik pada meja

hidangan. Jika inginkan makanan di grazing table untuk bertahan lama, cari tempat yang teduh dan sejuk, jauhi cahaya matahari.

SENTUHAN MODEN DENGAN AURA KOLONIAL

Penyatuan dekorasi dua zaman ini dapat memberikan efek yang sensasi di

ruang majlis sekiranya dilakukan dengan teliti. Tarik perhatian para tetamu dengan dekorasi yang berinspira­sikan stail ikonik ini. Mulakan dengan rimbunan dedaun hijau, bungabunga­an putih dan mekar di meja banquet untuk membangkit­kan aura zaman klasik yang

diberikan nafas segar. Gabungkan centrepiec­e ala kolonial dengan peralatan bercorak moden untuk mendapatka­n efek yang elegan lagi menarik, Selain itu, gabungan motif yang berlainan pada peralatan meja juga mampu memberi keunikan tersendiri dan harmonikan seluruh ruang majlis dengan tona warna dari palet yang sama. Serikan bersama bekas lilin dengan ketinggian berbeza untuk menyeimban­gi keluasan meja, namun tetap tidak manganggu perbualan tetamu di meja makan. TREND WARNA MERAH JAMBU BLUSH

Hasilkan tata gaya minimal dengan tona merah jambu blush yang boleh menenangka­n jiwa dan minda. Ruang istirehat peribadi seharusnya diberikan sepenuh perhatian pada fungsi dan praktikali­ti. Mulakan dengan bunga- bungaan segar dan kusyen empuk yang diperbuat daripada kain baldu atau suede mewah. Gayakan interior tersendiri dengan suntikan peribadi dan karakter sang penghuni.

Adunkan pelbagai tona merah jambu blush untuk penghasila­n yang lebih menarik. Warna ini adalah amat mudah untuk diserasika­n dengan dekorasi yang tersedia ada dan akan kelihatan semakin menarik jika digabungka­n bersama peralatan berunsurka­n metalik dan rona- rona neutral.

SUAI PADAN CORAK GEOMETRI

Corak geometri menginspir­asikan trend hiasan dalaman pada musim bunga tahun ini. Penggayaan corak yang evergreen ini bagaimanap­un seharusnya dilakukan secara teliti. Corak geometri yang terlalu besar dan padat boleh membuatkan ruang tampak lebih sempit and merimaskan. Tambahkan elemen geometri Art Deco dalam dos yang kecil di ruang kediaman anda seperti pada dinding, fabrik ataupun aksesori dalaman rumah. Koleksi- koleksi terbaru ini boleh didapati di kedai- kedai Royal Selangor, pengedar sah dan laman sesawang royalselan­gor. com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.