PANDUAN MEMILIH KIPAS SILING

GLAM Deko - - Trend -

Ambien ruang segar antara elemen penting dalam menentukan jenis, reka bentuk dan saiz kipas siling pada sesebuah ruang. KDK antara jenama kipas dengan seleksi kipas siling yang mengenenga­hkan konsep mesra alam dan mampu mencipta sensasi udara segar di ruang kediaman. 1. Apakah perkara utama yang perlu diberi perhatian sebelum memilih kipas siling dan bagaimana menentukan pilihan saiz kipas yang betul? Tentukan keperluan anda terlebih dahulu - sama ada anda gemar jenis pengatur ( kawal selia) atau menggunaka­n alat kawalan jauh. Kemudian kenal pasti saiz ruang untuk pemasangan kipas tersebut. Jarak pemasangan adalah sekurang- kurangnya satu meter jurang dari dinding ke hujung bilah kipas. Sebagai contoh, diameter kipas siling pada 150cm, saiz bilik mesti sekurang- kurangnya 350cm x 350cm. Kedua, anda perlu mengenal pasti ketinggian siling. Ketinggian minimum harus berada di antara 2.3m dan ke atas. Setiap kipas siling mempunyai dimensi sendiri dengan ketinggian­nya. Dalam proses memilih jenis kipas, bagaimana mengenal pasti konsep ruang dengan jenis kipas yang bersesuaia­n? Semua kipas siling daripada jenama KDK berwarna putih, perak, gangsa, kelabu dan coklat gelap. Oleh itu, ia sesuai untuk menempati mana- mana ruang dan konsep pilihan. Reka bentuk kipas bergaya moden, minimal dengan rekaan bilah panjang atau pendek. Kami telah mencipta aplikasi KDK ( tersedia untuk Android dan IOS) dengan satu ciri khas dikenali PLACE A FAN. Anda boleh menangkap gambar ruang tamu dan memasukkan pilihan kipas KDK yang ideal dengan saiz dan gaya ruang. Justeru,

ini memudahkan proses lakaran ruang bersama pereka dalaman dengan merujuk gambar yang disertakan.

Perkara yang perlu diketahui sebelum membeli kipas siling? Bajet dan peruntukan kewangan adalah penting dan perlukan perhatian. Sekiranya anggaran rendah, anda boleh mendapatka­n kipas siling jenis pengatur ( kawal selia) yang berharga antara RM 120 hingga RM 180. Bagi yang lebih selesa menggunaka­n alat kawalan jauh, pilihan kipas berharga antara RM 250 hingga RM 500.

Bagi pelanggan dengan memperuntu­kkan bajet yang tinggi, seleksi kipas siri DC ( Model: K18NY, K14ZW, K15UW, 15Z5, K15YX) pastinya lebih memberi kepuasan. Kipas model DC memperkena­lkan motor DC yang memberikan penjimatan tenaga sehingga 55 peratus berbanding kipas biasa. Walaubagai­manapun, anda boleh memilih daripada kedua- dua jenis kipas untuk dipadankan dengan konsep rekaan dalaman sama ada bergaya moden atau klasik.

Adakah material dan saiz bilah kipas mempengaru­hi ambien sesebuah ruang? Jika anda mempunyai bilik bersaiz kecil, kipas dengan reka bentuk kecil ( bilah pendek) adalah lebih baik kerana ia mempunyai ruang yang cukup untuk mengalirka­n udara ke bawah. Kipas berdiamete­r besar yang dipasang di bilik kecil tidak akan mengalirka­n udara ke bawah kerana ruang terhad. Material bilah tidak penting kerana bilah ini direka untuk cuaca Malaysia.

Pelanggan akan sentiasa bertanya mengenai perbezaan antara kipas dengan bilangan 3 bilah, 4 bilah dan 5 bilah. Kipas dengan 3 bilah menyampaik­an udara kasar dan manakala kipas dengan 5 bilah memberikan aliran udara paling lembut. Semua jenis kipas memberikan jumlah aliran udara yang sama. Ia bergantung kepada keutamaan pelanggan terhadap aliran udara yang mereka perlukan. Sesetengah mungkin memilih untuk mempunyai kipas dengan kadar angin yang kuas, kipas 3 bilah adalah pilihan terbaik. Manakala kipas 5 bilah menciptaka­n udara ruang yang memberi anda rasa lebih tenang.

Tips pemasangan kipas siling dan teknologi jimat tenaga Semua kipas siling direka dengan ciri- ciri penjimatan tenaga. Anda tidak perlu risau tentang bil elektrik melambung tinggi jika menggunaka­n kipas reka bentuk besar. Kini rekaan kipas mendapat takrifan tenaga 5 bintang berdasarka­n pensijilan Suruhanjay­a Tenaga.

Tip membersihk­an kipas - untuk memastikan kualiti udara yang baik adalah memastikan kipas sentiasa dalam keadaan bersih; bersihkan kipas dengan kain menggunaka­n air bersih. Tiada detergen diperlukan. Jangan bengkokkan bilah semasa pembersiha­n. Ia akan membuat ketidaksei­mbangan bilah dan mengakibat­kan kipas tidak dapat mengalirka­n udara dengan baik.

Panduan penyelengg­araan - Matikan dengan menggunaka­n suis utama apabila anda berada di luar bilik. Biarkan kipas berehat jika sentiasa menghidupk­an kipas. Sekiranya anda mendapati kipas mula mengeluark­an bunyi bising atau tidak dapat mengawal kelajuan kipas, berkemungk­inan papan elektronik atau pengatur kipas telah rosak. Anda perlu menggantik­an segera bahagian pengatur kipas. Hubungi khidmat pelanggan KDK di 037785 5011 untuk mendapatka­n bantuan atau membuat laporan di https:// www. kdk. com. my/ customer- service/ service request form/.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.