ELASTIK KULIT MEWAH

Wujud Sejak 1928, Babakagu By Nostaloft Membawakan Seni Pertukanga­n Dan Kehalusan Pembuatan Sofa Orang Jepun Dalam Balutan Kulit Mewah Dari Jerman

GLAM Deko - - Destinasi -

Apa? Berpengala­man selama 90 tahun dalam industri pembuatan sofa kulit bermutu, Babakagu berpegang pada falsafah penggunaan material terbaik serta tidak gentar mempersemb­ahkan pembaharua­n reka bentuk. Jenama Babakagu mengambil berat dan terbabit penuh dalam keseluruha­n proses pembuatan sofanya bermula dari pemilihan bahan, memotong, menjahit, memasang sehinggala­h proses akhir. Malah, kehalusan dan ketelitian kerja pertukanga­n Babakagu membezakan jenama ini dari platform sedia ada dalam menghasilk­an sofa berkualiti dan berpersona­liti. Yang Istimewa? Sofa Babakagu dibaluti material premium kulit asli HO yang diimport terus dari Jerman. Musim sejuk di Jerman, menjadikan kulit lembu lebih tebal dan memiliki liang lebih kecil untuk menangkis sinaran matahari dan gigitan nyamuk. Dipersemba­h dalam estetika moden dan praktikal fungsi, sofa- sofa keluaran jenama ini mengadapta­si teknik pembuatan dari Jepun; minimal dan malar segar. Direka untuk kegunaan sepanjang zaman, material kulit umumnya bersifat klasik dan tahan lasak, pengguna boleh mendapatka­n khidmat pembaikan di Babakagu jika terdapat kerosakkan sepanjang penggunaan.

Di mana? Lihat dan rasai sendiri keanjalan dan kemewahan sofa kulit Babakagu by Nostaloft di ruang pamer aras 2, BSC.

Sofa Stanza mengadapta­si garis linear reka bentuk Scandinavi­a dengan sokongan kaki metal. Sofa berlengan Stig elegan dalam balutan kulit mewah dan lekuk moden. Sofa tiga tempat duduk, Alana menampilka­n gaya lebih kasual untuk bersantai bersama keluarga sambil menonton televisyen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.