INOVATIF REKAAN SINKI

GLAM Deko - - Destinasi -

” Pengalaman dan kepakaran selama bertahun- tahun dalam penghasila­n peralatan dapur menghasilk­an satu idea untuk menjadikan kawasan sinki di dapur sarat fungsi,” terang Jan Heisterhag­en, Naib Presiden Pengurusan Produk, Hansgrohe SE. Produk sinki tahan karat keluaran Hansgrohe direka hasil kolaborasi bersama Phoenix Design Studio yang terkenal di Stuggart. KONSEP KAWALAN INOVATIF Jenama Hansgrohe muncul dengan idea baru, gabungan dua pilihan konsep kawalan inovatif di sinki untuk mewujudkan ruang kerja yang lebih praktikal dan sistematik. Reka bentuk sinki ini memisahkan alat kawalan air dari paip dan ditempatka­n di hadapan sebelah kanan tepi sinki bagi memudahkan sesiapa sahaja menggunaka­nnya tanpa mengira umur, keupayaan fizikal dan saiz ketinggian.

Rekaan ini dilengkapi dengan Hansgrohe Metris Select two- hole kitchen mixeryang direka dengan alat kawalan di bahagian sebelah kanan tepi sinki. Alat kawalan ini memudahkan pengguna untuk melaras suhu dan kuantiti air dengan lebih mudah. Hanya dengan satu sentuhan diperlukan untuk menutup atau membuka air, aliran air terus kekal mengikut jumlah dan suhu air yang diselarask­an.

Rekaan ini juga mengaplika­sikan teknologi sentuhan terus ke sinki. Butang khas direka disebelah kanan sinki untuk menutup dan membuka aliran air dari sinki dapur multi- jet. Lebih menarik, pengguna boleh menggunaka­n bahagian belakang tangan atau siku untuk menekan butang khas bagi menutup atau membuka air.

KOMPONEN HANSGROHE SBOX BIJAK direka HANSGROHE khas untuk memastikan SBOX bahagian bawah kabinet sentiasa kemas dan menambah fungsi sinki di dapur. Ia menyimpan hos semburan tarik keluar di dalam kotak rata yang direka khas bagi memenuhi ruang kabinet dasar. sBox ini mampu menambahka­n operasi disekitar sinki dengan panjang hos melebihi 26 sentimeter berbanding hos yang tidak mempunyai sBox. Ini bermakna, pengguna boleh mengisi air terus ke dalam bekas tanpa perlu menempatka­nnya di dalam sinki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.