RUANG PAMER LENGKAP

Diperkenal­kan Sejak 1986 Di Singapura, Cellini Malaysia Kini Membuka Flagship Stor Dengan Himpunan Lengkap Item Dekorasi

GLAM Deko - - Destinasi -

Apa? Cellini adalah peneraju pembuatan perabot moden dan kontempora­ri di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Taiwan dengan lebih daripada 50 ruang pameran di Asia. Menggabung­kan konsep pertukanga­n lama dengan teknologi baru, Cellini mencipta reka bentuk tersendiri dengan kawalan kualiti dan pengawasan sepenuhnya terhadap produk untuk memastikan kesempurna­an dalam setiap produk yang dihasilkan. Yang Istimewa Flagship Stor berkeluasa­n 10,000 kaki persegi, menghimpun­kan koleksi perabot lengkap, terpilih dan berkualiti. Ini menyediaka­n pengalaman membeli- belah yang lebih baik dengan pilihan perabot pereka yang lebih luas dan pelbagai buat menepati cita rasa individu. Ruang pamer terbaru ini turut membawakan dua lagi jenama Cellini iaitu Nightingal­e Silenite dan Accents.

Seleksi sofa dengan reka bentuk moden menggunaka­n kemasan fabrik dan kulit terpilih antara keistimewa­an jenama ini. Setiap rekaan hasil garapan inovasi dengan jaminan kualiti terbaik dan tahan lasak.

Di mana Cellini Flagship Stor pertama ini beroperasi di Pusat Damansara, Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.