Trivia Warna

GLAM Deko - - Palet -

1. Gunakan warna lavender di ruang beradu, nurseri anak atau ruang kerja. Jika berani, latari warna lavender di ruang sosial kediaman yakni ruang tamu utama. 2. Jika tidak mahu tindakan drastik seperti mewarnai keseluruha­n dinding, gunakan hamparan kertas dinding pada satu panel dinding - membentuk dinding fokal. Pilih kertas dinding bertekstur tanpa paten. 3. Kombinasi warna lavender bersama warna- warna lain seperti hitam, kelabu, tembaga dan emas adalah padanan klasik interior. 4. Tidak mahu impak yang terlalu mendadak, pilih lukisan berlatarka­n warna lavender yakni berbentuk abstrak, geometri, pemandanga­n mahupun grafi ti mungkin.

Sofa Edra Cipria memperliha­tkan simetri keanggunan rekaan Fernando & Humberto Campana disokong strktur logam tiub tersembuny­i dari pandangan mata.

“Saya meminta pasukan pereka membawa perkara yang mereka suka - lukisan, ranting, bunga dan segala jenis barangan untuk disatukan sebagai satu motif,” cerita Marcel Wanders mengenai koleksi Globe Trotter.

Hamparan permaidani Aubriet daripada Designers Guild adalah sebahagian dari koleksi Jardin des Plantes yang memaparkan lukisan dramatik kelopak bunga.

Marcel Osterta bereksperi­men dengan fringe layering, fabric jenis jarang dan paten pelbagai di pentas peragaan musim bunga 2019 Minggu Fesyen New York.

Lampu siling tubular, Kartell diperbuat daripada material polikarbon­at telus ini berdimesi 13 sm tinggi, 35 sm panjang kabel mudah dipasang untuk kegunaan kaunter dapur.

Meja Chess End dibina berasaskan bahan resin poliester berlapis disudahi dengan kepelbagai­an kemasan matte, berkilat, metal, krom berlapis antaranya berfungsi sebagai meja kopi atau meja sisi.

Hiasi pergelanga­n tangan dengan jam tangan Imperiale, Chopard bernombor Romawi diselaputi emas putih 18 karat dan permukaan gewang mutiara bercahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.