Ruang Makan

GLAM Deko - - Ruang -

Jika mahu pembaharua­n drastik dan impak terkesan, tukar warna dinding atau gunakan hamparan kertas dinding. Pilih kertas dinding bertekstur berbanding bercorak agar look tidak ditelan arus trend. Kertas dinding bertekstur hadir dalam variasi warna; pilih warna sepuhan emas atau perak bercorak geometri, jejalur atau chevron. Reka bentuk meja makan turut memainkan peranan dalam menjamin keselesaan kala merai tetamu. Rekaan meja makan berbentuk segi empat tepat memberi ilusi ruang lebih besar dan memanjang. Buat yang berani mencuba, padankan bermacam jenis ragam kerusi di meja makan.

TIP: Dapatkan khidmat pakar untuk memasang kemasan kertas dinding pada dinding bagi mendapatka­n hasil tampalan yang kemas dan sambungan setiap panel yang lebih rapi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.