Dapur

GLAM Deko - - Ruang -

Orang kita memang gemar berkumpul di dapur tidak kiralah kaum keluarga ataupun sahabat handai yang dirai. Ini mungkin kerana tuan rumah sibuk di dapur dan tetamu mahu membantu dalam masa sama tidak sabar untuk berbual. Justeru, dapur perlu sentiasa berkeadaan bersih dan berkilat. Tidak perlu bajet besar untuk merubah look ruang ini. Cukup sekadar menukar tuala tangan, kain mengelap ( jangan pakai sampai bertukar warna hitam) dan alas periuk. Hadirkan gubahan bunga segar di dalam pasu kaca atau jag kaca sebagai penyeri ruang. Rebuskan air bersama cuka dan hirisan lemon atau limau nipis dan biarkan mendidih di atas api dapur selama beberapa minit untuk menghilang­kan bau masak.

TIP: Hamparkan permaidani bercorak kelim sebagai alas kaki di dapur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.