Kamar kecil

GLAM Deko - - Ruang -

Ruang nan satu ini sering di pandang enteng terutama apabila menerima tetamu. Bagi membangkit seri ruang kecil ini, penghuni perlu bijak bermain aksesori seperti gantungan lampu, hamparan permaidani kecil ( alas kaki) atau menukar jubin jika mempunyai bajet lebih. Pilih jubin bercorak polos tapi memilih corak susunan menarik seperti English Bond, Windmill, Basket Weave atau Herringbon­e, memadai dalam warna putih dan hitam. Gantungan lampu candelier kristal berwarna menebar gemerlap cahaya di segenap ruang.

TIP: Pastikan bilik air sentiasa berada dalam keadaan kering. Hamparkan alas kaki di bahagian dalam dan luar pintu bilik air. Sediakan tuala tangan, tisu secukupnya. Sediakan sabun dan losyen tangan di sinki. Pasang lilin wangi atau wangian agar dapat menghapus bauan tidak enak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.