SENTUHAN KONTEMPORA­RI

GLAM Deko - - Kediaman - Teks & Penyelaras NADIA ZOLKIFLI Arahan Seni AFIQ KHAIRUDIN Gambar WAN IZHAR ( ONE DIGITAL SOLUTION)

Binaan Dinding Dan Siling Berskala Tinggi Fokal Rekaan Kediaman Jenis Semi- Detached Serba Moden Ini. Mainan Palet Hangat Mewah; Kuning, Hijau Dan Biru Terang Diserikan Aksesori Keemasan Dan Kaca Mencipta Kediaman Berkarakte­r

Warna – warna pop hangat kuning, hijau dan biru menjadi latar spektrum palet kediaman. Kediaman jenis semi- detached dua tingkat, Sejati Residence di Cyberjaya ini disempurna­kan oleh firma reka bentuk Mamyhome Interior Design Renovation. “Lokasi yang dekat dengan tempat kerja di KLIA adalah faktor utama saya memilih kediaman ini. Lagipula, ramai kawan sekerja yang tinggal di kawasan sama menjadikan saya selesa,” beritahu pemilik yang bekerja sebagai juruterban­g. Meletakkan kepercayaa­n penuh pada Mamyhome, untuk menata gaya seluruh ruang kediaman. Mengambil masa hampir tiga bulan untuk disudahkan, kediaman ini tidak melewati sebarang proses renovasi reka pelan asal; hanya penambahan kemasan kayu pada dinding dan binaan ruang dapur kering.

Reka pelan ruang kediaman berkeadaan terbuka tanpa

sebarang pembahagi atau dinding pemisah. Ruang tamu, ruang makan dan ruang dapur kering berkongsi lantai yang sama. “Terdapat beberapa reka pelan lantai berbeza untuk unit- unit kediaman di Sejati Residences, ada yang bersekali courtyard tetapi saya memilih reka bentuk ini kerana berkeadaan lapang langsung tidak menyesakka­n mata,” kata pemilik yang mendiami bersama isteri tercinta dan tiga orang anak.

POP KOnTEMPORA­RI Ruang tamu ditata gaya dalam keadaan konvension­al; mempamerka­n satu unit sofa tiga tempat duduk polos putih dan meja kopi kayu dilapisi kepingan kaca telus berpotonga­n moden. Dua unit kerusi berlengan fabrik baldu hijau zamrud membentuk ruang duduk- duduk tambahan. Hamparan permaidani ditempah khas oleh Mamyhome; cetakan corak abstrak biru, hitam dan kuning mustard menghiasi jejak langkah sehingga ke ruang makan. “Pemilik menyatakan warna kegemaran adalah kuning mustard – agar ruang interior

“SELAIN MAHU MENCIPTA TITIK FOKAL, PEMILIK MENYATAKAN KEMAHUAN PENGGUNAAN MATERIAL KAYU. LANTAS, SAYA MENGAMBIL IDEA ITU UNTUK DIGUNAKAN PADA BINAAN PANEL DINDING DAN BUKAN PADA MATERIAL PERABOT.”

“SAIZ RUANG LANTAI ADALAH PERKARA YANG PERLU DIAMBIL KIRA DALAM REKA BENTUK. KAMI PERLU BERANI BEREKSPERI­MEN DENGAN KEGUNAAN RUANG SEDIA ADA SERTA MENAMBAH FUNGSI YANG LEBIH BAIK AGAR PENGHUNI BERASA SELESA DAN NYAMAN SETIAP KALI MELANGKAH MASUK.”

tidak kelihatan terlalu strong akibat dominasi warna kuning, kami gandingkan bersama beberapa tona warna mendalam lain yakni hijau dan biru untuk menerbitka­n rasa lebih mewah dan elegan sebaik melangkah masuk,” beritahu Amin Yussoff, pengasas Mamyhome.

Perabot bereka bentuk kontempora­ri dipilih sendiri oleh pemilik berpanduka­n lakaran konsep rekaan Mamyhome. “Ini adalah faktor utama, mengapa saya selesa bekerjasam­a dengan Mamyhome kerana mereka memberi kebebasan dan pilihan lain kepada pemilik kediaman untuk memilih dalam masa sama memahami kehendak kami. Corak kerja yang telus, memudahkan urusan bermula dari lakaran kasar 3D sehinggala­h peringkat akhir, saya langsung tidak berasa terpinggir,” kata pemilik yang berminat untuk berkerja dengan Mamyhome setelah melihat hasil kerja Mamyhome di rumah contoh Avanti Residences.

KEMASAN KAYU & AKSESORI KEEMASAN

Binaan panel dinding berskala tinggi di ruang tamu menggunaka­n material kayu jenis timber mencipta titik fokal yang memberi impak terkesan. “Cabaran reka bentuk kediaman ini tentunya daripada panel dinding tinggi ini. Selain mahu mencipta titik fokal, pemilik menyatakan kemahuan penggunaan material kayu. Lantas, saya mengambil idea itu untuk digunakan pada binaan panel dinding dan bukan pada material perabot. Susunan cermin di antara susunan kayu membias pantulan cahaya siang dan lampu di malam hari untuk impak dramatik elegan pada

ruang,” kata Amin lagi.

Kehadiran aksesori dan perincian berwarna keemasan seperti gantungan lampu candelier, bangku tinggi, kaki lilin, pasu dan dulang membangkit aura mewah moden di kediaman.

Mamyhome mengadapta­si garis lurus linear bagi mencipta dapur kering serba moden dan praktikal. Kabinet dapur dibina menggunaka­n material berkilat berwarna putih. “Pemilik menghuni bersama tiga anak yang masih kecil. Saya perlu mengambil kira kegunaan fungsi dan praktikali­ti. Binaan kaunter memberi ruang tambahan buat penghuni untuk menikmati sarapan atau snek bersama anak- anak dan lebih mudah kerana berdekatan dengan sinki,” jelas Amin.

MANIPULASI RUANG

Menuju ke aras atas kediaman yang memayungi kamar- kamar beradu sang penghuni. Kamar beradu utama bernada neutral kelabu dan coklat cerah memperliha­tkan satu tindakan reka bentuk bijak daripada Mamyhome yakni binaan dinding pemisah antara ruang wardrobe dan ruang beradu. Mamyhome turut mengadapta­si reka bentuk CAMOUflAGE pada binaan pintu – pintu yang ada menjadikan ruang lebih lapang dan pandangan tidak semak. Jelas Amin, “Saiz ruang lantai adalah perkara yang perlu diambil kira dalam reka bentuk. Kami perlu berani bereksperi­men dengan kegunaan ruang sedia ada serta menambah fungsi yang lebih baik agar penghuni berasa selesa dan nyaman setiap kali melangkah masuk. Reka bentuk katil berukuran tinggi untuk dua anak bujang penghuni memberi lebih ruang untuk perletakka­n meja kerja dan sistem unit penyimpana­n di ruang lantai.”

Ruang tamu mempamerka­n reka bentuk perabot kotemporar­i dan mainan tonasi warna- warna mendalam elegan kuning, hijau dan biru.

Aksesori keemasan untuk pasu, bekas lilin dan kaki lilin elemen yang menerbitka­n rasa mewah di kediaman. Ruang makan berkongsi ruang lantai sama dengan ruang tamu utama dan dapur kering. Ruang dudukduduk di aras atas kediaman.

Ruang makan bergaya moden dengan reka bentuk meja makan kaca dan kerusi berlengan untuk lapan tetamu.

Kamar beradu utama elegan menerusi simbahan palet neutral kelabu dan coklat cerah.

Pintu dalam kamar beradu utama mengadapta­si teknik rEkA BEntuk CAmouflAGE menuju ke ruang wardrobe tambahan dan kamar mandi. Kamar mandi dilengkapi tab mandi untuk penghuni merehatkan tubuh. Kamar beradu si puteri berpaksika­n warna merah samar terang.

Kamar beradu dua anak bujang, Mamyhome mereka bentuk katil berukuran tinggi bagi memberi lebih ruang untuk meja kerja dan ruang bermain menepati keperluan penghuni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.