THE COURTYARD

GLAM Deko - - Kediaman - Teks & Penyelaras SUHANA DESA Arahan Seni AFIQ KHAIRUDIN Gambar WAN IZHAR ( ONE DIGITAL SOLUTION)

Menjelmaka­n Kediaman Serba Sempurna, Eksklusif Dan Memenuhi Cita Rasa Setiap Pemilik, Antara Objektif Pemaju Dalam Percaturan Strategi Pemasaran. Rekaan Seni Bina Dan Perancanga­n Ruang Yang Jelas Menarik Adalah Kekuatan Dalam Menjanjika­n Kehidupan Yang Lebih Terjamin

Menampilka­n gaya moden dengan sentuhan segar kontempora­ri elegan, kediaman contoh Gamuda Gardens bagi unit kediaman jenis kluster diberi sentuhan dekorasi oleh kumpulan pereka dari Joy Design. Setiap unit- unit kediaman ini menonjolka­n objektif reka bentuk yang nyata memberi keselesaan dengan jaminan kualiti terbaik sebagai pelengkap kediaman di lokasi persekitar­an yang selamat, tenang dan privasi. Kediaman yang berkeluasa­n 2600 kaki persegi dibangunka­n oleh pemaju Gamuda Land berlokasi di Rawang, Selangor.

Memasuki unit kediaman kluster dua tingkat yang diberi nama ‘ The Courtyard’, mempunyai tiga buah kamar, sebuah bilik serba guna dan empat buah kamar mandi serta sebuah courtyard di bahagian tengah ruang. Binaan courtyard membolehka­n pancaran cahaya suria yang mula meninggi menata pencahayaa­n dan menebar udara ke dalam ruang dengan bukaan pintu gelangsar. Lantas menjadikan ruang terasa lapang, berangin dan

begitu mengundang. Mood rileks gaya moden yang diilhamkan oleh persekitar­an iklim tropika diwujudkan dengan gandingan perabot mewah sebagai pelengkap ruang.

DEKORASI MODEN KONTEMPORA­RI

Suntikan elemen dekorasi moden diterjemah­kan pada segenap tata hias ruang dalaman. Di sinilah pilihan perabot yang tepat turut memainkan peranan. Saiz dan jenis kemasan serta tekstur yang selektif mencetuska­n imej kemewahan yang memberi impak pada ruang. Gandingan warna yang tepat dan teliti juga berjaya menghidupk­an ruang dan masih memperliha­tkan keluasanny­a serta mengundang keselesaan. Dengan latar ruang meminjam padanan rona- rona bumi, putih gading, dan kelabu, penggayaan kediaman jelas memperliha­tkan keseimbang­an untuk menyuntik rasa harmoni. Elemen moden bersemi ambien tropika diserlahka­n dengan jelas dan sempurna.

Penataan dan susun atur ruang diolah menarik menepati keluasan lantai dan ruang yang cukup mengagumka­n. Tema elegan dan mewah sesuai status gaya hidup bakal pemiliknya diperhalus­i dengan

“RUANG DAPUR DIPISAHKAN DENGAN BINAAN KAUNTER BERPULAU DAN KABINET REKA BENTUK L. REKAAN KABINET RONA HIJAU PEKAT HADIR UNTUK MENJADIKAN PENAMPILAN RUANG LEBIH MENONJOL DAN TAMPIL BERBEZA.”

“MOOD SANTAI NAMUN KEKAL SELESA MASIH MENJADI PEGANGAN AGAR FUNGSI TAMPIL SEIRING BERSAMA ASPEK DEKORASI.”

penggunaan kemasan berkualiti tinggi, reka bentuk perabot tempah khas, elemen pencahayaa­n, serta pilihan fabrik bermutu. Ruang makan dan ruang tamu berkongsi pelan lantai yang sama. Manakala ruang dapur dipisahkan dengan binaan kaunter berpulau dan kabinet reka bentuk L. Rekaan kabinet rona hijau pekat hadir untuk menjadikan penampilan ruang lebih menonjol dan tampil berbeza. Fungsi ruang dapur basah ( wet kitchen) dan dapur kering ( dry kitchen) turut dipisahkan. Ini bagi memastikan kelancaran ketika aktiviti memasak dan menghidang dilakukan.

Tingkat atas kediaman turut mengetenga­hkan konsep yang selari dengan ruang bawah. Penegasan rona putih gading berpadu dengan coklat cerah mencipta keserasian. Sebuah sofa L- Shape rona kelabu menghuni ruang keluarga dengan binaan rak bacaan. Mood santai namun kekal selesa masih menjadi pegangan agar fungsi tampil seiring bersama aspek dekorasi. Melangkah ke kamar utama yang terletak di aras yang sama, paparan ruang beridentit­ikan moden kekal mendominas­i. Kamar persalinan dibina berasingan di bahagian sisi untuk memastikan suasana keseluruha­n ruang kamar sentiasa kemas dan teratur.

Perabot tempah khas pilihan warna biru pekat mendominas­i ruang tamu, sesuai dengan keluasan ruang yang lapang dan luas.

Interaksi tiga ruang yang direka tanpa sempadan namun terlihat selesa dan menarik. Aduna warna neutral digandingk­an bersama tonasi gelap pada pilihan perabot dan rekaan kabinet menampilka­n kelainan yang berjaya.

Masih mengekalka­n mood moden dalam reka bentuk perabot, pilihan kemasan dan tekstur untuk membentuk ruang yang sarat idea. HALAMAN SEBELAH Kamar utama mengetenga­hkan elemen natural pada kemasan dan reka bentuk ruang penstoran. Kamar anak lelaki diolah seiring usia dan imej maskulin dengan dekorasi minimal dan neutral.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.