ANTIK VINTAJ

GLAM Deko - - Ilham - Teks & Penyelaras NADIA ZOLKIFLI Pembantu Penyelaras NUR SUHAIMA NORDIN ( PELATIH USM) Konsep, Arahan Seni & Penata Gaya AFIQ KHAIRUDIN Gambar TAN GUO XIANG

Ramai Yang Masih Keliru Mengenai Perabot Antik Dan Vintaj. Perabot Dan Aksesori Berusia Mencecah 100 Tahun Layak Ditakrif Sebagai Antik. Namun, Jika Tidak Lebih Berusia Dari Barangan Antik Dan Wujud Kurang Dari 20 Tahun Digelar Vintaj. Manakala Istilah Vintaj Asli Diberikan Kepada Item Mencecah Usia 50 Tahun

DARI KIRI Kerusi Victorian dibaluti fabrik baldu lembut dibahagian alas duduk buat menghiasi ruang kerja. Meja kopi Victorian Drop Leaf memperliha­tkan dasar meja dilapisi kemasan kulit hijau lumut dan sayap dibahagian tepi kiri kanan boleh dilipat mengikut kesesuaian dan kegunaan ruang. Kerusi lounge antik berangka kayu hitam yang diperkemas­kan semula dengan fabrik William Morris. Meja tepi batu marmar berlaci berfungsi sebagai ruang penyimpana­n BErGAyA. GAntunGAn tApEstrI florAl dijahit tangan sepenuhnya.

DARI KIRI Sofa berlengan antik Victorian Love Seat dengan BALUTAN DUA JENIS FABRIK BALDU POLOS DAN flORAL BERLATAR HITAM daripada Warwick. Kusyen tapestri burung merak tenunan tangan menemani duduk- duduk. Bangku dibaluti fabrik Old Mill Tapestry hijau. Meja tepi berbentuk bujur dihiasi aksesori tembaga mengelilin­gi permukaan meja dengan binaan rak berpara.

DARI KIRI Meja tepi antik English Hexagon dengan binaan rak terbuka untuk aturan buku atau majalah kegemaran. Kerusi berlengan memperliha­tkan sandaran belakang berukir indah ditemani kusyen tapestri Acanthus Leaf Gold. Kabinet konsol antik Perancis dihiasi aksesori gancu bersepuh keemasan dibahagian permukaan laci dan kaki kabinet. Bangku berangka kayu hitam dibaluti fabrik floral berfungsi sebagai ruang dudukduduk tambahan. Tapestri berlatar warna hitam keemasan dengan sulaman tangan floral boleh digantung mahupun indah dihampar diatas permukaan meja kopi atau meja makan. Beautiful Château, butik perabot lokal membawakan pelbagai jenis barangan antik dan vintaj dari Eropah termasuk aksesori perhiasan dulang kek, pinggan mangkuk, kaki lilin dan kemasan lembut; sarung kusyen dan hamparan permaidani buatan tangan. Beautiful Château di aras G3, Publika, Solaris Dutamas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.