Kemeriahan Berganda

Lebaran bakal tiba! Pastinya suasana raya dirai lebih meriah dan sempurna dengan dekorasi ruang daripada seleksi jenama King Living; rangkaian sofa terbaru dengan jaminan keselesaan maksimum dan penjimatan hebat!

GLAM Deko - - Rekaan Hebat -

MONTI

Direka dengan falsafah untuk keselesaan maksimum, King Living memperkena­lkan Monti Sofa untuk merai lebaran lebih meriah. Rekaan signatur ini, Monti memberi jaminan 25 tahun untuk reka bentuk bingkai keluli, yang menjadi asas rekaan sofa agar kekal tahan dan tahap keselesaan yang tiada had.

Setiap aspek rekaan sofa Monti direka dengan beberapa lapisan menggunaka­n teknologi King Living yang terbukti untuk mewujudkan sinergi bahan yang melambangk­an kehebatan reka bentuk. Posturefl ex ® Seating, teknologi sama yang digunakan pada rekaan kereta mewah Eropah, diguna pakai bagi menambah kekuatan dan penggantun­gan untuk menyokong badan, selain sempurna mengekalka­n reka bentuk sofa. Kusyen tempat duduk yang panjang menyediaka­n ruang yang ideal sama ada untuk baring atau duduk. Balutan lengan sofa Monti yang kemas menambah rasa selesa, selain penggunaan kusyen lumbar Ultradown ® memberikan dudukan yang sangat selesa untuk menghabisk­an sepanjang malam bersama keluarga dan sanak saudara.

ZAZA

Zaza adalah hasil kolaborasi bersama pereka Australia, Charles Wilson yang memenangi pelbagai anugerah dengan menampilka­n rekaan bergaya kontempora­ri bersemi kemewahan. Direka elegan dengan mengambil kira keselesaan peribadi melalui rekaan lengan dan bahagian belakang sofa yang boleh dilaras. Posisi reka bentuk boleh laras ini membolehka­n fungsi dudukan sofa boleh diubah sama ada untuk baring atau duduk dengan lebih santai dan selesa. Sofa ini

ibarat teman berehat yang sempurna selepas hari yang panjang merai rumah terbuka bersama para tetamu.

KING BOULEVARD

Kekal bergaya pada musim perayaan dengan sofa King Boulevard kerana melengkung kini muncul trend reka bentuk popular untuk tahun ini. Keselesaan maksimum dengan keanggunan rekaan sofa King Boulevard menawarkan klasik siluet yang ideal untuk gaya kontempora­ri atau tradisiona­l. Kehadiran sofa ini bakal melengkapk­an pesona dekorasi ruang, malah mampu menarik perhatian para tetamu.

SONATA

Sonata menawarkan gaya siluet yang lebih tradisiona­l, tetapi dengan ilham kontempora­ri. Reka bentuk sofa berlengan yang menampilka­n sentuhan pakar dengan kaki kayu penuh gaya, sofa Sonata menyuntik nuansa klasik bersemi gaya moden. Sonata juga menawarkan reka bentuk fl eksibel dan modular yang mudah disesuaika­n dengan saiz dan konfi gurasi ruang yang berbeza.

Dengan begitu banyak pilihan dan tawaran istimewa sempena musim perayaan ini, pastikan anda tidak ketinggala­n untuk mendapatka­n penjimatan hebat dari promosi Hari Raya King Living yang menawarkan penjimatan 0% faedah sehingga 24 bulan. Pesanan untuk penghantar­an sebelum Hari Raya kini dibuka sehingga pertengaha­n bulan April. Kunjungi ruang pamer King Living yang terletak di L1.06, Pusat Beli

Belah IPC. Untuk maklumat lanjut, layari www. kingliving. my

SOFA ZAZA

KING BOULEVARD ARMCHAIR

KING BOULEVARD TIGA TEMPAT DUDUK

SOFA SONATA TIGA TEMPAT DUDUK

SOFA MONTI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.