Ekor Asam Pedas

GLAM Deko - - Sajian -

AYAM PERCIK TOK JEMBAL

BAHAN – BAHAN PERAPAN 1 ekor ayam dara 5 biji bawang merah dikisar 5 biji bawang putih dikisar 50 gm halia dikisar Garam CARA MENYEDIAKA­N 1. Letakkan kesemua bahan kisar di atas ayam dan sapu rata. Perasakan dengan

garam secukup rasa. 2. Perapkan ayam selama 1 jam.

BAHAN – BAHAN SOS 1 cawan santai cair 4 batang serai dikisar 50 gm serai dikisar 50 gm lengkuas dikisar 20 batang cili kering dikisar 1 cawan air 5 sudu besar gula Garam 2 - 3 biji asam jawa kering 1 cawan santan pekat

CARA MENYEDIAKA­N

1. Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam periuk bersama santan cair dan air. Masak sehingga sos mendidih dan sentiasa kacau. 2. Masukkan asam jawa kering. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

3. Kemudian, masukkan ayam yang sudah diperap ke dalam sos mendidih dan masak sehingga separuh masak. 4. Keluarkan ayam dan ketepikan ayam selama 1 jam. 5. Masukkan santan pekat ke dalam sos dan masak lagi sehingga sos memekat.

6. Ayam boleh dipanggang, digril dalam ketuhar atau masak tanpa minyak di atas kuali sehingga ayam masak. 7. Hidangkan ayam bersama sos dan nasi putih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.