Ayam Percik Tok Jembal

GLAM Deko - - Sajian -

Rasa cinta mendalam terhadap dunia kulinari membakar semangat jitu Chef Johari Edrus untuk meneruskan perjuangan di gelanggang gastronomi, Symphony by Chef Jo. Perlambang­an nama Symphony, menyaksika­n penyatuan segala rasa, ilmu, memori dan bahan menjadi satu simfoni gastronomi indah yang diraikan oleh maestro, Chef Jo.

Mengangkat konsep ekletik dari segi persembaha­n menu, rasa, gaya dan ambien restoran, Chef Jo menegaskan perbezaan antara menu fusion dan ekletik. “Ekletik adalah rasa dunia yang digabungka­n menjadi satu, saya tidak memodenkan menu tempatan. Saya bereksperi­men dengan bahan- bahan tempatan dan luar negara seperti menu signature – Spicy Chocolate Seafood Pasta gabungan ramuan asli coklat perasa tegar di Mexico, pes Gocujang dari Korea dan pasta dari Itali,” jelas Chef Jo yang juga adalah Presiden Persatuan Chef Malaysia sejak 2005 hingga 2008 dan pada masa ini.

Barisan menu lain seperti Dirty Laundry, Kupang Masak Krim Kunyit bersama Cendawan Sisir, stik Wagyu dan Musang King Gelato boleh dinikmati dalam suasana restoran bereka bentuk perindustr­ian moden. Restoran ini terbahagi kepada empat bahagian yakni bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.

Jika mahu bersantai, sekadar menikmati segelas koktel bersama pemanis mulut, boleh duduk – duduk di bar berhadapan naked kitchen sambil menyaksika­n aksi- aksi lincah dan pantas pasukan dapur Chef Jo menyediaka­n menu pesanan pelanggan.

Symphony by Chef Jo turut menyediaka­n menu bermusim mengikut hari istimewa dan perayaan. Menjelang bulan Ramadan, Chef Jo mempersemb­ahkan hidangan ala carte, Nasi Arab dalam pilihan kambing atau ayam dimasak di dalam balutan Calzone yang kemudian dipanggang bersama minyak zaitun.

Symphony by Chef Jo di aras 1, Damansara City Mall. Ikuti info dan update terkini di laman instagram @ offi cialsympho­nybychefjo

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.