Dirty Laundry

GLAM Deko - - Sajian -

DIRTY LAUNDRY

BAHAN – BAHAN 150 gm kambing bahagian short loin 200 gm kambing bahagian bahu Tepung beras

PILIHAN SOS PENCICAH

Sos tartare Jeli pudina Yogurt kari Salsa tomato CARA MENYEDIAKA­N 1. Perapkan kambing menggunaka­n rempah ratus mengikut cita rasa. Rebuskan kambing selama 45 minit sehingga 1 jam atau sehingga kambing empuk. Ketepikan kambing. 2. Masukkan tepung beras dan air untuk membuat adunan bersalut tepung goreng rangup. 3. Celupkan kambing dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak panas sehingga berwarna keperangan dan rangup. 4. Hidangkan bersama sos pencicah.

KUPANG CHILE MASAK KRIM KUNYIT BERSAMA CENDAWAN SISIR

BAHAN – BAHAN 300 gm kupang hitam Chile 30 gm bawang putih dicincang 15 gm halia muda dicincang 1 batang serai dicincang 15 gm kunyit dicincang 10 gm cili hijau dicincang 5 gm cili padi dicincang Stok rebusan makanan laut CARA MENYEDIAKA­N 1. Masukkan kesemua bahan cincang ke dalam mesin memproses makanan atau pengisar. Kisar halus. 2. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali. 3. Tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau. 4. Masukkan stok rebusan makanan laut atau air. 5. Kacau kuah dan perasakan dengan garam, gula dan lada putih secukup rasa. 6. Tambahkan lagi cili padi jika mahu lebih rasa pedas. 7. Kemudian, masukkan kupang hitam yang telah direbus dan gaul sebati. 8. Hidangkan bersama nasi putih atau kepingan roti baguette.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.