BERCANDA DENGAN ALAM

GLAM Deko - - Libur -

1. Breakfast by the river - It’s a instagramm­able spot! Aktiviti wajib di Tiarasa Escapes adalah menikmati sarapan pagi di tepi sungai. Hidangan nasi lemak bungkus, kopi atau teh panas dan beberapa hidangan sampingan lain termasuk buah- buahan dihidangka­n seperti berkelah di tepian sungai. Anda juga boleh memilih untuk hidangan minum petang.

2. Nature Walk & Bird Watching - Peluang untuk pengunjung melihat, rasa dan sentuh sendiri tumbuhan dan hidupan alam semulajadi ditemani renjer. Anda boleh memilih untuk berjalan di waktu pagi atau petang. Jangan lupa untuk melihat burung belatuk bersayap merah jambu. 3. Moonlight Cinema - berbumbung­kan kerdipan bintangbin­tang di langit, embun malam dan aturan beg kekacang di atas padang rumput; anda boleh menonton filem pilihan yang dipancar terus ke skrin gergasi ditemani bertih jagung panas. 4. Barbeque - Tidak sempurna pengalaman glamping tanpa sesi barbeku. Anda boleh memilih untuk menikmati barbeku menggunaka­n bahan bahan paling segar secara peribadi di dek vila atau di The Rasa Tea Salon. 5. Semangat Unggun Api - Unggun Api dinyalakan selepas senja setiap malam. Berkumpul bersama keluarga dan teman baru sambil menikmati bahang api dikala malam menjelma. Kanak- kanak boleh membakar marshmello­w di unggun api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.