Hospitalit­i Mesra Keluarga

Memori indah dapat melakar nostalgia bahagia bersama tersayang kala berdarmawi­sata. Tidak kira jauh, mahupun dekat, luar ataupun dalam negara, paling penting adalah hospitalit­i bersifat mesra keluarga dan kanak- kanak buat menggamit memori terindah

GLAM Deko - - Libur - Teks SUHANA DESA Gambar DOUBLE TREE BY HILTON PENANG

Double Tree Resort by Hilton Penang dikenali dengan kemudahan dan hiburan bercirikan kekeluarga­an, berlokasi di Batu Feringgi, Pulau Pinang. Dinobatkan ‘ Resort Keluarga Terbaik di Malaysia’ oleh Haute Grandeur Global Hotel Awards ( tm), DoubleTree Resort by Hilton Penang antara destinasi ideal untuk tidak hanya melarikan diri, berehat dan bersantai seisi keluarga tetapi juga memenuhi keperluan setiap ibu bapa dan kanak- kanak yang menginap di hotel.

Menghadap ke Miami Beach dan lautan membiru, DoubleTree Resort by Hilton Penang menawarkan 316 bilik dan suite dilengkapi dekorasi sentuhan moden, termasuk pilihan kamar keluarga yang baru siap diubahsuai. Setiap kamar keluarga dan suite menampilka­n konsep ruang yang disesuaika­n dengan keperluan setiap ahli keluarga, sama ada orang dewasa, mahupun kanakkanak. Untuk keluarga dan rakanrakan yang inginkan ruang lebih luas dan selesa, Family Suite bakal menjadi pilihan ideal. Suite dua bilik tidur yang elegan dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz king, sebuah katil berkembar dan ruang tamu yang berasingan dengan keseluruha­n ruang berkeluasa­n 32 meter persegi.

Destinasi pantai yang menakjubka­n ini mempunyai banyak kemudahan mesra keluarga seperti kelab kanak- kanak dengan aktiviti menarik, kolam renang berasingan untuk dewasa dan kolam kanak- kanak dengan kawasan bermain berpasir. Tidak ketinggala­n kaunter bufet khas buat kanak- kanak turut disediakan di restoran Makan Kitchen dengan seleksi menu berkhasiat buat si kecil. Selain rawatan spa, DoubleTree Resort by Hilton juga memperkena­lkan TeddyVille, sebuah muzium istimewa untuk eksplorasi si kecil yang menempatka­n koleksi Teddy Bears terbesar di Malaysia.

Setiap tetamu dirai dengan pemberian biskut berbentuk Teddy yang enak dan istimewa semasa tiba di hotel. Ahli keluarga dengan kanak- kanak di bawah umur 12 tahun juga menerima akses percuma ke muzium Teddyville, akses kelab kanak- kanak percuma, perkhidmat­an penjagaan bayi ( dengan bayaran) dan juga boleh menikmati diskaun 20% untuk sajian istimewa di Makan Kitchen, Axis Lounge and Food Store. Ahli keluarga juga akan menerima akses percuma ke kelab kanak- kanak dengan pelbagai aktiviti menanti untuk di eksplorasi seperti lukisan batik t- shirt, kelas origami, melukis dan banyak lagi.

“DOUBLETREE RESORT BY HILTON PENANG MEMAHAMI SEPENUHNYA KEPERLUAN SEISI KELUARGA DAN MEMBAWA EKSPLORASI ISTIMEWA UNTUK SI KECIL.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.