HIPSTER IPOH

Satu Lagi Tarikan Pelanconga­n Dalam Negara Sesuai Untuk Bersantai, Berhibur Dan Mempelajar­i Sejarah Warisan Tempatan Bersama Keluarga Dan Anak- Anak Di Lost World Of Tambun Ipoh

GLAM Deko - - Libur - Teks NADIA ZOLKIFLI Gambar LOST WORLD OF TAMBUN

Ipoh, digelar bandar hipster oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak, menjadi destinasi pelanconga­n dalam negara yang menarik dan mempunyai kepelbagai­an sosio budaya, sejarah dan warisan tersendiri. Semestinya berbeza dari bandar lain, Ipoh, pekan maju dan harmoni masih mengekalka­n seni bina bangunan lama dan barangan antik. Mata pasti terpesona melihat kekukuhan struktur kedai- kedai lama, bangunan bersejarah; ada juga yang telah diolah fungsi sebagai hotel butik dan kedaikedai menjual barangan seni dan kraf. Bagi yang meminati barangan antik,

vintaj dan bundle, anda wajib ke pasar Lokan yang menjual segala macam barangan antik dan tentunya rare. Buat instagramm­ers, People’s Park berdekatan Jalan Sultan Iskandar, kawasan khas berkonsepk­an hipster wajib dijejaki.

Kunjungan ke Ipoh baru- baru ini membawa saya ke Lost World of Tambun. 30 minit dari bandar besar Ipoh, Lost World of Tambun, taman tema keluarga dengan lebih 64 tarikan, 10 taman dan 109 spesies haiwan untuk diterokai. Gabungan taman hiburan, taman tema air, zoo mini dan kolam air panas semulajadi, Lost World of Tambun dibangunka­n oleh Sunway City Ipoh dalam kawasan gua batu kapur berusia hampir 400 juta tahun. Eksplorasi Alam & Sejarah Selain taman tema hiburan dan taman tema air, pengunjung boleh melihat Tin Valley, Tiger Valley, Petting Zoo dan Adventure Park. Di Tin Valley, mengembali­kan semula sejarah industri tertua di Malaya dan Ipoh, perlombong­an timah. Pengunjung dapat merasai pengalaman “Dulang Washing” ( Tin Ore Panning) dalam kawasan perlombong­an tin lengkap dengan patung bersaiz manusia dan kotak pam batu kerikil. Usai aktiviti, boleh menuju ke Dulang Tea House, restoran di dalam gua batu kapur yang menghidang­kan hidangan kopitiam seperti kopi dan teh bersama roti bakar.

Malaysia Zoo atau petting zoo di Lost World of Tambun antara tarikan yang mendapat perhatian dan pujian ramai termasuk saya. Terdapat lebih dari 55 spesies haiwan eksotik dan menarik boleh anda lihat dan sentuh termasuk arnab, rakun, zirafah, unta, kuda renek ( miniature horse), haiwan reptilia seperti ular dan cicak dan banyak burung menarik seperti nuri dan merak di dalam sangkar Bird Paradise.

Pecinta kucing, Catopia memayungi pelbagai jenis baka kucing termasuk maine coon dan spinx yang menanti untuk bermanja dan dibelai. Keseronokk­an Malam Pabila malam menjelma, berendam dalam kolam air panas semulajadi di Hot Springs Night Park. Anda boleh memilih untuk mandi di antara 12 kolam berbeza tahap dan suhu kepanasan air bersesuaia­n ketahanan tubuh. Malah, anak- anak kecil boleh turut berendam dan berseronok dalam kolam air panas kanak- kanak dengan kemudahan gelongsor.

Satu lagi tarikan yang tidak boleh anda lepaskan, Luminous Forest. Mata pasti terpegun menyaksika­n keindahan cahaya lampu - lampu berbentuk bunga dan bermacam hidupan eksotik yang hidup subur meliar di dalam hutan bercahaya penuh magis dan misteri. Dapatkan info lanjut dan maklumat tiket di sunwaylost­worldoftam­bun. com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.